Pelakon Amerika Hayden Panettiere meninggal dunia pada usia 36 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Hayden Panettiere menghadiri tayangan perdana 'Scream VI' di New York City pada 6 Mac 2023. (Gambar fail: Reuters/Caitlin Ochs)
LOS ANGELES: Pelakon Amerika Hayden Panettiere, yang terkenal menerusi siri televisyen 'Nashville' dan 'Heroes', meninggal dunia pada usia 36 tahun, lapor ABC News pada Ahad (16 Ogos).
Berita kematiannya disahkan wakil pelakon itu kepada ABC News.
"Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, kami berkongsi berita pemergian Hayden yang kami sayangi," menurut kenyataan wakilnya.
Wakilnya menyifatkan Panettiere sebagai seorang yang membawa kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang mengenalinya serta jutaan penonton yang menyaksikan lakonannya.
Reuters belum dapat menghubungi wakil Panettiere bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Punca kematiannya belum dinyatakan.
Panettiere dikenali menerusi wataknya sebagai Claire Bennet dalam siri televisyen 'Heroes' dan Juliette Barnes dalam drama muzikal 'Nashville'.
Beliau turut membintangi beberapa filem termasuk 'Scream 4' dan 'Scream VI'.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.