Skip to main content

Hiburan

Pelakon Amar Baharin akhiri misi berkayuh; tiba di Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Amar Baharin akhiri misi berkayuh; tiba di Masjid Nabawi

Pelakon Malaysia Amar Bahrin bersama Qobin akhiri misi berkayuh ke Arab Saudi pada 29 Mei, 2025. (Gambar: Instagra/Amar Baharin)

Diterbitkan : 30 May 2025 11:09AM Dikemas Kini : 30 May 2025 11:14AM
PETALING JAYA: Kayuhan pelakon Malaysia Amar Baharin dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin akhirnya tiba di penghujung selepas selamat tiba di Madinah, Arab Saudi sekitar jam 3.00 petang (waktu tempatan) pada Khamis (29 mei) sekali gus menamatkan misi #JourneyToTanahHaram yang dijayakan mereka berdua sejak sebulan lalu.

Menurut pemilik nama penuh Amar bin Mohd Baharin, 40 tahun, itu, beliau tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja tiba di bumi Madinah.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan perjalanan kami.

“Air mata saya bergenang sepanjang mengayuh ketika melihat bumbung Masjid Nabawi. Sehingga sekarang, saya masih tak percaya sudah mengembara ke Madinah.

“Ini satu pengalaman yang memang tak akan dilupakan dan sangat bernilai sepanjang hidup saya,” katanya kepada KOSMO! Online.

Berkongsi cabaran terbesar, suami kepada pelakon wanita, Amyra Rosli itu mengakui cuaca terutama di Tanah Arab memberi impak besar terhadap kayuhan mereka.

“Kalau nak cakap cabaran, pastinya faktor perubahan cuaca (panas) dan angin di Tanah Arab iaitu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

“Cuacanya luar biasa tetapi Alhamdulillah Allah SWT tolong. Setiap kesusahan mesti Dia hantar bantuan.

“Contohnya ramai rakyat Malaysia di sekitar UAE dan Arab Saudi tolong kami sepanjang perjalanan,” katanya lagi, seperti ditukil laporan KOSMO! Online.

Amar menambah, beliau bersyukur kerana kembara sejauh 8,000 kilometer (km) yang bermula sejak 27 April lalu berjaya disempurnakan lebih awal daripada jangkaan asal iaitu sekitar Julai depan.

“Kami tiba awal sebulan susulan beberapa negara yang menutup sempadan disebabkan faktor keselamatan seperti di India dan Pakistan.

“Walaupun kami tidak sepenuhnya berbasikal dan ada juga menaiki kapal terbang serta kenderaan darat lain, saya tetap berbangga dengan kemampuan diri sendiri.

“Insya-Allah saya dan keluarga akan datang semula ke sini untuk menunaikan ibadah umrah,” kongsinya.

Beliau juga dijangka pulang ke tanah air sehari sebelum hari raya Aidiladha pada minggu depan.

Terdahulu, misi kayuhan dilepaskan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu bermula di Padang Besar, Perlis pada 27 April lalu merentasi empat negara iaitu Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi serta mengambil masa 33 hari, lapor KOSMO! ONLINE
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita