Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Alec Baldwin akan didakwa tembak mati kru filem di set penggambaran 'Rust'

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Alec Baldwin akan didakwa tembak mati kru filem di set penggambaran 'Rust'

Pelakon dan penerbit Amerika Syarikat (AS) Alec Baldwin akan didakwa atas tuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem barunya 'Rust' pada 2021. (Gambar: AFP PHOTO / SANTA FE COUNTY SHERIFF'S OFFICE / HANDOUT)

LOS ANGELES: Pelakon dan penerbit Amerika Syarikat (AS) Alec Baldwin akan didakwa atas tuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem barunya 'Rust' pada 2021, kata pihak berkuasa pada Khamis (19 Jan).

Veteran Hollywood berusia 64 tahun itu, melepaskan tembakan daripada pistol prop pada set filem di New Mexico Santa Fe County, membunuh ahli sinematografi filem tersebut, Halyna Hutchins, 42 tahun, dan mencederakan pengarah Joel Souza.

Peguam Daerah Kehakiman Pertama New Mexico Mary Carmack-Altwies dalam satu kenyataan berkata Encik Baldwin dan penyedia senjata untuk filem itu, Cik Hannah Gutierrez-Reed, masing-masing akan didakwa dengan dua tuduhan membunuh tanpa niat, lapor agensi berita Xinhua.

"Selepas siasatan menyeluruh terhadap bukti dan undang-undang negeri New Mexico, saya memutuskan terdapat bukti yang mencukupi untuk memfailkan pertuduhan jenayah terhadap Alec Baldwin dan ahli kru filem 'Rust' yang lain."

"Pada pandangan saya, tiada siapa yang melebihi undang-undang dan semua orang berhak mendapat keadilan,"kata Carmack-Altwies.

'Rust' ialah filem Amerika berdasarkan cerita yang dicipta oleh Encik Souza dan Encik Baldwin yang turut membintanginya. Encik Baldwin terkenal dengan peranannya dalam '30 Rock', 'Beetlejuice', 'The Hunt for Red October' dan lakonan hebatnya sebagai bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam sketsa komedi 'TV Saturday Night Live'.

Encik Baldwin dan Cik Gutierrez-Reed akan "didakwa sebagai alternatif" dengan dua tuduhan membunuh tanpa niat, bermakna juri akan memutuskan bukan sahaja mereka bersalah malah turut meliputi definisi bersalah atas pembunuhan tanpa sengaja, menurut kenyataan itu.

Penolong pengarah filem itu David Halls sudah menandatangani perjanjian pengakuan atas tuduhan cuai menggunakan senjata. Terma termasuk hukuman gantung dan enam bulan perintah percubaan.
Pejabat Peguam Daerah akan memfailkan tuduhan di Mahkamah Daerah Kehakiman Pertama New Mexico sebelum akhir bulan ini.

Brian Panish peguam untuk duda dan anak lelaki Cik Hutchins dalam kenyataan pada Khamis bagi pihak keluarganya menyokong terhadap pertuduhan itu, lapor Variety, penerbitan perdagangan terkemuka Hollywood.

Luke Nikas, peguam Encik Baldwin dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata keputusan itu "mengherotkan kematian tragis Halyna Hutchins dan merupakan kegagalan keadilan yang mengerikan," menurut laporan itu.

Peguam itu berkata Encik Baldwin tidak mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat peluru hidup di dalam pistol atau di mana-mana di set filem.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan