Skip to main content

Hiburan

Pelakon Adi Putra jelaskan letak bayaran tinggi untuk bantu orang susah

Pelakon Adi Putra terkilan apabila tawaran lakonannya ditarik balik selepas meminta bayaran tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Adi Putra jelaskan letak bayaran tinggi untuk bantu orang susah

(Gambar: @adpadiputra/Instagram)

Diterbitkan : 11 Nov 2020 06:02PM Dikemas Kini : 11 Nov 2020 06:08PM

MALAYSIA: Pelakon Adi Putra terkilan apabila tawaran lakonannya ditarik balik selepas meminta bayaran tinggi.

Adi, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 39 tahun, menjelaskan beliau sebenarnya mempunyai sebab meminta gaji tinggi, iaitu niat ingin menggunakan wang tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi (yang memadai). Lepas tu tak jadi, dikatakan saya 'demand'," luah Adi menerusi catatan Instagramnya.

"Kenapa saya buat begitu? Kerana niat nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya. Mungkin bukan rezeki mereka, yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tidak memahami saya," tambah Adi.

Adi juga berkata, beliau tidak melihat sebarang masalah untuk menetapkan gaji tinggi.

"Tak salahkan letak gaji tinggi keranan mampu memberi kualiti?"

Adi Putra tidak mendedahkan penerbitan yang seharusnya beliau jayakan.

Para peminat pula rata-rata memuji niat murni Adi Putra dan percaya pelakon mampan itu layak mendapat bayaran setimpal.

Antara komen peminatnya berbunyi: "Apa gila ke Shah Rukh Khan Malaysia dapat 'payment' rendah? Dorang ni buta hati, buta kayu betul la."

Namun ada juga yang mempersoalkan niat Adi.

"Letak harga tinggi sebab nak bersedekah? Kalau harga biasa pun boleh je bersedekah. Ni apa pun tak dapat. Tak ada rezeki la tu," tulis seorang netizen.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita