Peguam bela penyerang Kamal Adli mohon penilaian psikiatri sekali lagi
Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose. (Gambar: uqashasenrose2/Instagram)
SINGAPURA: Peguam yang mewakili seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli, memberitahu Mahkamah Singapura bahawa beliau sudah meminta jabatan penjara dan Institut Kesihatan Mental (IMH) agar menjalankan satu lagi penilaian psikiatri ke atas anak guamnya.
Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC berkata beliau membuat permintaan itu pada 4 Julai dan kini menunggu laporan penjelasan daripada IMH atau “sekurang-kurangnya penjelasan daripada penjara”.
“Dalam temu bual saya (dengan tertuduh) nampaknya ada isu dengan laporan perubatannya... perkara yang tidak sepadan.
“Saya bukan pakar, oleh itu saya minta pihak penjara dan IMH membuat penilaian lain ke atasnya (tertuduh). Hasilnya akan lebih baik jika kita mendapat penangguhan yang lebih lama,” katanya.
Hakim Daerah Terence Tay yang mendengar permohonan itu berkata beliau "lebih cenderung memberikan penangguhan yang lebih singkat" dan menetapkan tarikh baru pada 31 Julai untuk sebutan kes itu.
Encik Tay mengekalkan tiada jaminan ke atas tertuduh.
"Apabila saya melihatnya, (dia) agak berbeza daripada laporan perubatan... nampak (rasa) sesal," tambah Encik Wee ketika ditemui di luar bilik mahkamah.
"Semoga kami dapat melakukan diagnosis baru sekali lagi. Saya sudah memintanya. Saya harap mereka bersetuju,” katanya lagi.
Tertuduh muncul menerusi pautan video pada Isnin (11 Jul).
Pada Mac lalu, mahkamah mengarahkan suspek direman selama tiga minggu untuk menjalani penilaian psikiatri.
Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negara pada 14 Mac kerana “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela”.
Dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, dirotan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.
Pada 12 Mac, polis dimaklumkan tentang satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang pelakon berusia 36 tahun, dengan belantan yang kemudiannya dirampas oleh polis sebagai bahan bukti kes.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.
Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk menyertai acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara.
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka bersedia untuk meneruskan kes itu.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.