Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pawagam Shaw Theatre di The Seletar Mall akan ditutup; hari terakhir pada 15 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada Isnin (2 Dis), Shaw Theaters, rangkaian pawagam yang berpangkalan di Singapura, mengumumkan bahawa ia akan menutup cawangannya di pusat beli-belah The Seletar Mall selepas 10 tahun beroperasi.

Cawangan itu, yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah tersebut, akan beroperasi sehingga hari terakhir pada 15 Disember. Ia mula dibuka pada Disember 2014.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan Shaw Theatres menyatakan bahawa penutupan itu disebabkan oleh tamatnya tempoh pajakan antara rangkaian berkenaan dan The Seletar Mall, dan pusat beli-belah itu "mempunyai rancangan alternatif untuk ruang tersebut".

Mark Shaw, pengarah Shaw Organization Group of Companies, menambah: "Shaw Theatres Seletar merupakan pawagam pertama kami tanpa gerai – dan ia merupakan satu pencapaian penting bagi kami terutamanya dari segi operasi dan penggunaan ruang kerana ia berada di tapak yang lebih kecil. Kami bersyukur untuk sedekad indah di mana kami berkhidmat kepada masyarakat Seletar."

Selepas 15 Disember, cawangan Shaw Theatres terdekat untuk penduduk Seletar akan berada di NEX dan Waterway Point.

Mulai sekarang hingga 15 Disember, Shaw Theatres di The Seletar Mall akan mengadakan "promosi penutupan" di mana setiap tiket yang dibeli di cawangan itu akan melayakkan pelanggan mendapat popcorn atau Tater Gems percuma di cawangan Shaw Theatres NEX dan Waterway Point.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan