Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pawagam M'sia dibenar beroperasi semula selepas sekatan dilonggarkan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang di Malaysia akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri pada Selasa (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pawagam M'sia dibenar beroperasi semula selepas sekatan dilonggarkan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Mar 2021 10:22PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 10:24PM

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang di Malaysia akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri pada Selasa (2 Mac).

Pada Selasa, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKPB berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini, manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan PKPB.

Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP), manakala Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

Bagaimanapun, kebenaran untuk menyambung semula operasi panggung wayang di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan," katanya dalam satu kenyataan.

Finas juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa menerusi medium hebahan media dan laman sesawangnya.

Kemas kini itu juga boleh diikuti menerusi platform media sosial rasmi Finas di Facebook, Instagram dan Twitter.

Awal dari itu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) mengumumkan sektor panggung wayang yang menjadi nadi hiburan dan menjana ekonomi itu mengambil masa yang lama untuk pulih.

Ia menyusuli penutupan operasi disebabkan oleh PKP.

Perniagaan sektor itu mengalami kerugian lebih RM400 juta (S$131 juta) sepanjang 10 bulan sejak gangguan operasi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan