Skip to main content

Hiburan

Pat Sajak bakal bersara dari "Wheel of Fortune"

Anggaran Waktu Membaca:
Pat Sajak bakal bersara dari "Wheel of Fortune"

(Gambar fail: Richard Shotwell/AP)

WASHINGTON: Pat Sajak akan bersara daripada "Wheel of Fortune" selepas menjadi hos program itu selama lebih empat dekad!

Personaliti TV berusia 76 tahun itu pada Isnin (12 Jun) berkata bahawa musim ke-41 rancangan permainan tersebut, yang akan mula disiarkan pada September, akan menjadi musim yang terakhir buatnya sebagai hos.

"Ia satu pengalaman yang menakjubkan," tulis Sajak di Twitter.

Sajak mula menjadi hos "Wheel of Fortune" pada 1981 - enam tahun selepas ia pertama kali disiarkan.

Sejauh ini, pengganti bagi permainan kata dan teka-teki sangat popular di dalam rangkaian Amerika Syarikat mahupun pada peringkat global itu, belum diumumkan.

Sajak bagaimanapun seolah-olah memberi bayangan bahawa akan ada pembaharuan dalam rancangan tersebut.

"Lebih banyak akan dapat saya kongsikan dalam beberapa bulan akan datang. Ribuan terima kasih kepada semua," tambah beliau.
Sumber : AP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita