Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pasangan Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran puteri pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran puteri pertama

(Gambar: deepikapadukone/Instagram)

MUMBAI:Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad (8 Sep), lapor Astro Gempak.

Memetik laporan Hindustan Times, bayi kepada pelakon filem Pathaan itu dilaporkan dilahirkan di Hospital HN Reliance di Mumbai.

Difahamkan Deepika dan suaminya, Ranveer Singh tiba di hospital bersama ahli keluarga mereka yang lain, lapor Astro Gempak.

Bagaimanapun, jurugambar tidak mendapat peluang untuk mengambil foto pasangan tersebut kerana bintang filem itu duduk di dalam kereta yang dilengkapi langsir.

Sumber turut menyatakan bahawa cahaya mata pertama Deepika itu dilahirkan selepas beberapa hari pasangan tersebut dilihat meminta restu di Kuil Siddhivinayak, Mumbai pada Jumaat (6 Sep).

Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.

Pasangan tersebut berkongsi catatan di media sosial yang memaparkan pakaian bayi, kasut bayi dan belon dengan kapsyen ‘September 2024’, menurut laporan Astro Gempak.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan