Pasangan adik-beradik Zaki, Yamani dinobat juara Famili Duo
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/tv3malaysia
SHAH ALAM: Dua beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdullah, mencipta kejutan apabila diumumkan juara musim kedua Famili Duo yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada Ahad malam (5 Feb).
Dengan kemenangan itu, anak-anak kepada penyanyi tersohor, Jamal Abdillah, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 (S$31,100), lapor agensi berita BH Online.
Bertemakan Anugerah Juara Lagu (AJL), segmen pertama menyaksikan pasangan duo tersebut menyampaikan lagu medley 'Potret' yang dipopularkan Akim & The Majistret dan 'Pelukan Angkasa' oleh kumpulan S.O.G.
Untuk segmen kedua bertema bebas, Zaki dan Yamani menyampaikan lagu Medley 'Hutang', dendangan Floor 88 & Bunga serta 'Kau Pun Sama' nyanyian Syamel.
Naib juara disandang Fyna Jebat dan Ayda Jebat yang menerima ganjaran wang tunai RM20,000 (S$6,200).
Wany Kayrie dan Bella Astillah hanya mampu berpuas hati menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM15,000 (S$4,000).
Tempat keempat pula dimenangi Sissy Imann dan Naim Daniel yang membawa pulang wang tunai RM10,000 (S$3,100).
Pasangan lain yang turut menyertai program terbitan TV3 itu adalah Ara Johari dan Shaffiq Erwin (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik) serta Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik), menurut laporan BH Online.
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan oleh Khai Bahar dan Nabila Razali dalam program yang dipengacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee.
Pemarkahan peserta ditentukan juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai dengan nilai markah 80 peratus, manakala baki adalah menerusi undian atas talian penonton.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.