Pameran Harry Potter: Visions Of Magic akan ke SG pada lewat 2024
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Harry Potter: Visions of Magic)
SINGAPURA: Berita gembira menantikan para peminat Harry Potter.
Sebuah tarikan bertemakan filem tersebut bakal dibuka di Singapura tahun ini.
"Harry Potter: Visions Of Magic" akan mengadakan lawatan pertama ke Asia di Resorts World Sentosa (RWS) pada lewat 2024.
Demikian menurut Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment dan NEON dalam satu kenyataan media pada Rabu (27 Mac).
Dalam pameran seni interaktif tersebut, pengunjung boleh meneroka beberapa sudut paling misteri dalam dunia magik, seperti 'Room of Requirement', 'Newt's Menageria' dan Kementerian Kamgik.
Pameran itu bukan seperti pameran 'Harry Potter: A Forbidden Forest Experience', di mana ia akan diadakan di lokasi tertutup, dengan saiz sebesar 40,000 kaki persegi.
Dengan pameran pelbagai deria dan teknologi interaktif, termasuk kandungan video responsif, seni bina menonjolkan dan bunyi yang asli, pengunjung seakan-akan dapat merasakan keajaiban sebenar.
Sebelum pameran itu tiba di Singapura, ia membuat penampilan sulungnya di Cologne, Jerman, pada Disember tahun lalu, di mana kira-kira 138,000 tiket dijual sebelum dibuka kepada khalayak ramai.
Edisi pameran di Singapura dikatakan lebih besar, dengan tambahan 10,000 kaki persegi di lokasi.
Tarikh bagi pelancaran pameran itu belum diumumkan lagi.
Pengunjung boleh menyertai senarai menunggu dan menerima akses keutamaan kepada penjualan tiket awal di harrypottervisionsofmagic.com.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.