Paknil turutkan permintaan peminat beri duit raya ketika Instagram 'live'
Pengacara disanjungi ramai, Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Paknil, membuat kejutan pada para pengikutnya apabila secara spontan memberikan duit raya ketika membuat video 'live' di Instagram.
(Gambar: Datuk Aznil Hj Nawawi/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pengacara disanjungi ramai, Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Paknil, membuat kejutan pada para pengikutnya apabila secara spontan memberikan duit raya ketika membuat video 'live' di Instagram.
"Masa Paknil buat LIVE tadi ramai pulak yang mintak duit raya. Jadi Paknil cakap saper yang letak nombor account, nama dan nama bank, Paknil akan pilih secara rawak," tulis Aznil sambil memaparkan lima petikan skrin menunjukkan para pengikut bertuah yang terpilih.
Menurut Astro Gempak, rata-rata netizen memuji sikap Aznil yang sering menghargai peminat serta pengikutnya apatah lagi dengan melakukan perkara-perkara murni sedemikian secara spontan dan bahkan cukup bersahaja.
Salah seorang pengikut Aznil di Instagram turut berterima kasih kepada bintang itu kerana mencerminkan teladan baik sebagai seorang selebriti.
"Walaupun saya tak dapat, saya tetap berterima kasih dengan Paknil kerana Paknil meraikan followers (pengikut) Paknil.
"Ada banyak selebriti or not, yang orang kenal, tolonglah raikan peminat dan pengikut kalian. Balas komen pun dah memadai," tulis seorang peminat seperti yang ditukil Astro Gempak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.