Pakej Klook peminat Taylor Swift yang beli lebih empat tiket setiap akaun dibatalkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Suzanne Cordeiro/AFP)
SINGAPURA: "Perang Besar" untuk mengenggam tiket konsert Taylor Swift mungkin sudah berakhir. Namun segelintir peminat Taylor Swift, digelar 'Swifties', masih dibelenggu dengan kemungkinan tidak dapat menyaksikan persembahan idola mereka itu.
Sepanjang minggu lalu, beberapa daripada mereka yang membeli pakej Klook Taylor Swift melaporkan bahawa pembelian mereka itu dibatalkan.
Menjawab pertanyaan media, Klook menyatakan bahawa "sebilangan kecil" pakej konsert itu dibatalkan kerana pelanggan telah membeli lebih daripada empat tiket melalui akaun Ticketmaster mereka.
Pakej Pengalaman Klook atau 'Experience Package disertakan dengan dua tiket ke konsert Taylor Swift dan penginapan satu malam di sebuah hotel terpilih.

Namun, beberapa pelanggan membeli pakej Klook, selain tiket konsert menggunakan akaun Ticketmaster yang sama. Ini menyebabkan mereka mendapat lebih daripada empat tiket. Kebanyakkan pelanggan pakej Pengalaman Klook berasal dari Filipina, disusuli Singapura, Indonesia, China dan Malaysia
Sebelum ini, Klook menyatakan dalam halaman FAQnya bahawa "setiap akaun Ticketmaster hanya boleh membeli sehingga empat tiket daripada pelbagai fasa jualan.
Menjawab pertanyaan media lain pada 20 Jul, Klook mengumumkan bahawa ia akan "mengembalikan sepenuhnya wang yang dibayar pelanggan terjejas selepas perbincangan panjang lebar dengan pihak penganjur". Mereka yang terjejas akan menerima bayaran semula itu dalam tempoh tiga hingga 14 hari.

Walaupun para peminat berharap mereka akan diberi peluang membeli tiket yang dibatalkan itu, Klook mengumumkan bahawa tiket-tiket itu tidak akan ditawarkan untuk penjualan umum lagi, "selaras dengan terma dan syarat pihak penganjur.”
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.