Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pada usia 9 tahun, anak Aaron Aziz matang gambarkan tragedi New Zealand

"Pengganasan tiada agama atau kerakyatan."

Anggaran Waktu Membaca:
Pada usia 9 tahun, anak Aaron Aziz matang gambarkan tragedi New Zealand

Aaron Aziz bersama anak bongsunya, Dahlia Arissa. (Gambar: Dahlia Arissa/Instagram)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 07:20PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 07:27PM

KUALA LUMPUR: "Pengganasan tiada agama atau kerakyatan." Itulah tulisan pada lukisan anak bongsu Aaron Aziz, Dahlia Arissa, mengenai serangan pengganas di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Meskipun hanya berusia sembilan tahun, Dahlia kelihatan matang memahami tragedi yang berlaku di dua masjid di Christchurch, yang meragut nyawa seramai 50 orang.

Dalam satu lagi lukisan, anaknya menulis "Bukan semua Muslim pengganas".

Aaron, pelakon asal Singapura, melahirkan rasa terkejut melihat lukisan-lukisan anak bongsunya itu.

Aaron memuat naikkan gambar lukisan-lukisan tersebut di laman Instagramnya, sambil berkata: "Sungguh terharu melihat seorang kanak-kanak melukis kejadian sedih seumpama ini. Apa yang berlaku pada dunia hari ini?!"

Menerusi laman twitternya, Aaron mengatakan, beliau tidak pernah melukis kejadian sedih seumpama itu pada usia kecil seperti anaknya.

Dalam catatan Instagramnya, Aaron turut mendoakan para mangsa serangan pengganas tersebut. "Semoga saudara-saudara kita ditempatkan di tempat tertinggi di syurga," tulisnya. 

Serangan kejam di Christchurch mengorbankan seramai 50 orang setakat ini. Salah seorang mangsa, Tariq Rashid, dilaporkan ialah anak kepada seorang warga Singapura.

Tariq Rashid, 24 tahun, berada di Masjid Al Noor, iaitu salah satu daripada dua buah masjid yang diserang pada Jumaat lalu.

Bapanya, Rashid Omar yang merupakan seorang warga Singapura, mengesahkannya semasa dihubungi BERITAmediacorp, siang tadi.

Allahyarham sudah menetap di New Zealand bersama keluarganya sejak dilahirkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan