Othman Hamzah alami masalah kencing berdarah, jalani pembedahan buang batu karang dalam buah pinggang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Othman Hamzah
KUALA LUMPUR: Sebagai seseorang yang sering menjalani gaya hidup sihat, bersenam setiap hari dan kerap menjaga kesihatan, penyanyi kelahiran Singapura, Othman Hamzah tidak pernah berdepan masalah kesihatan rumit sebelum ini.
Lantaran itu, apabila beliau menyedari terdapat darah semasa membuang air kecil, beliau tidak berlengah untuk segera berjumpa doktor.
Siapa sangka, rupa-rupanya terdapat batu karang dalam buah pinggangnya, yang juga dikenali sebagai 'percutaneous nephrolithotomy' (PCNL).
Othman, 63 tahun, berkongsi: "Batu hampir 3 sentimeter saya tak perasan. Saya tak pernah rasa sakit, cuma bila suatu masa saya buang air kecil ada darah, jadi saya rasa risaulah, takut sesuatu seperti barah."
Mujur ia bukan seperti yang beliau fikirkan, namun Othman terpaksa berdepan satu lagi cabaran selepas pemeriksaan doktor.
Beliau diberitahu terdapat pula jangkitan pada buah pinggangnya. Oleh itu, doktor perlu menghilangkan jangkitan itu terlebih dahulu sebelum menjalankan pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggangnya itu.
Disebabkan itu, beliau terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 29 Mei selama dua minggu bagi menjalani pembedahan tersebut.
“Sekarang ini okay Alhamdulillah. Bila saya keluar hospital, saya terus buat kerja rumah, isteri saya sajalah panik.
"Pada saya, ia sesuatu yang dah biasa. Malah, bila saya di hospital pun masih buat kerja (melibatkan) hartanah,” kata Othman.
Yang pasti, Othman menyarankan supaya dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya berasa ada yang "tidak kena".
"Saya jalani gaya hidup sangat sihat, saya bersenam setiap hari dan lakukan banyak aktiviti yang perlukan tenaga, buat kerja rumah.

"Tapi bila rasa macam ada sesuatu yang tidak kena, anda perlu periksa.
"Macam bila saya kencing berdarah, ini sesuatu yang saya tak pernah ada masalah sebelum ini,” jelasnya, yang sudah mendapat kerakyatan Malaysia sejak 2006.
BERI TUMPUAN URUSAN JUAL BELI TANAH
Othman yang kini menetap di Kuala Lumpur juga memberi tumpuan kepada perniagaannya sebagai konsultan hartanah untuk urusan jual beli tanah di Malaysia.

Bahkan, beliau "tak pernah menyesal" berhijrah ke Malaysia sedang ramai artis dengan kerakyatan Singapura cari makan di Malaysia.
“Saya seorang yang sangat positif apabila saya memutuskan untuk melakukan sesuatu selepas memikirkan ia datangkan kebaikan.
"Jadi bila saya berhasrat untuk berhijrah ke Malaysia, saya hanya nampak perkara yang baik untuk duduk di Malaysia, kemudian lakukan perniagaan di Malaysia," kongsinya.
Sungguhpun demikian, Othman masih menerima undangan menyanyi meskipun memilih untuk tidak terlalu menonjolkan diri sebagai seorang penyanyi.

“Klien korporat Melayu kata mereka macam pernah dengar nama Othman Hamzah. Bila mereka tahu, hubungan itu makin akrab.
"Inilah perkara yang amat saya hargai," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.