Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Orang tak mahu dengar artis lama menyanyi lagu baru," kata M. Nasir

Sifu muzik, M. Nasir mengakui kebanyakan peminat artis lama kurang menggemari sekiranya mereka tampil menyanyikan lagu baru dengan sentuhan masa kini.

Anggaran Waktu Membaca:
"Orang tak mahu dengar artis lama menyanyi lagu baru," kata M. Nasir

M Nasir. (Gambar: M.Nasir/Facebook)

KUALA LUMPUR: Sifu muzik, M. Nasir, mengakui kebanyakan peminat artis lama kurang menggemari sekiranya mereka tampil menyanyikan lagu baru dengan sentuhan masa kini.

Menurut M. Nasir, rata-rata peminat lebih gemar mendengar artis kegemaran mereka menyanyikan lagu hit yang terdahulu sahaja.

"Kalau artis lama nak buat album baru, sebenarnya orang tak mahu dengar, mereka puji dan suka seseorang artis itu, tapi mereka lebih gemar dengar artis tersebut menyanyikan lagu-lagu lama mereka.

"Tapi tak dinafikanlah, memang ada peminat tegar bertanya bila artis lama nak keluar lagu baru, cuma adalah beberapa kerat sahaja.

"Peminat kurang suka kerana lagu baru kedengaran lain, kalau lagu-lagu lama memang ada sentuhan yang tersendiri," katanya kepada Astro AWANI.

M. Nasir berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Nusantara yang disegani ramai itu juga menyedari bahawa banyak juga lagu lama yang dinyanyikan oleh penyanyi baru.

"Pada masa sama, kita ada juga dengar lagu-lagu lama yang masih popular, tapi bukan orang lama yang menyanyikannya, penyanyi baru pula yang menyanyikan lagu lama," katanya lagi.

Anugerah MACP adalah satu acara yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil atau karya untuk perkembangan industri tempatan.

Acara itu tidak diadakan tahun lalu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.

Meskipun kembali diadakan tahun ini, ia diadakan dengan skala kehadiran tetamu yang lebih kecil dalam suasana norma baru dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Hasil royalti kutipan MACP diperolehi melalui persembahan muzik di stesen-stesen televisyen, radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang mempunyai lesen di bawah badan berkenaan.
 

Sumber : Sumber Web/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan