Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Orang Perak dicari berlakon muzikal Hantu Kak Limah

Filem Hantu Kak Limah (HKL) bakal dijadikan pementasan teater muzikal selepas melakar sejarah perfileman di Malaysia apabila ia berjaya meraih kutipan tertinggi RM36.2 juta (S$11.9 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Orang Perak dicari berlakon muzikal Hantu Kak Limah

Uji bakat mencari pelakon pementasan teater Hantu Kak Limah bakal diadakan pada 7 dan 8 November. (Gambar: @khalidmamat/Instagram)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 11:49AM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 11:53AM

KUALA LUMPUR: Filem Hantu Kak Limah (HKL) bakal dijadikan pementasan teater muzikal selepas melakar sejarah perfileman di Malaysia apabila ia berjaya meraih kutipan tertinggi RM36.2 juta (S$11.9 juta).

Pementasan muzikal itu akan membuka peluang kepada para penduduk Perak untuk mencuba nasib sebagai pelakon teater, kata Mamat Khalid, pengarah filem itu, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Uji bakat bagi mencari pelakon pementasan teater itu bakal diadakan pada 7 dan 8 November dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam di MAPS Theatre, Movie Animation Park Studio di Ipoh Perak.

"Lokasi sesuai dengan tema MAPS iaitu filem dan animasi. Orang Perak lebih biasa dengan loghat dan lenggok bahasa yang digunakan di dalam HKL, secara tak langsung pementasan teater ini menjadi satu projek 'homegrown'," kata Mamat Khalid sebagai yang ditukil oleh Astro Awani.

Mengenai watak pelakon yang dicari, Mamat Khalid berhasrat memilih pelakon baru daripada barisan pelakon popular untuk membintangi pementasan teater itu.

Mereka yang mahu mencuba nasib perlu mempunyai bakat menyanyi, menari dan berlakon.

Mamat Khalid berkata pementasan teater itu mampu menjadi kesinambungan terhadap naskhah filem HKL sebelum ini, lapor Astro Awani.

"Harapannya adalah untuk HKL dinikmati oleh semua sehingga masa akan datang seperti adaptasi filem ke teater lain di seluruh dunia," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan