Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

OneRepublic bakal adakan konsert di S'pura pada Feb depan

Kugiran itu akan mengadakan konsert di Singapura pada 28 Feb 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penggemar muzik di Singapura jelas semakin menikmati senarai panjang artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan di Singapura.

Yang terbaru untuk mengumumkan konsertnya di sini ialah OneRepublic, kugiran enam anggota, yang diterajui vokalis Ryan Tedder.

Live Nation Singapore membuat pengumuman itu dalam catatan media sosialnya pada Rabu (21 Sep), dengan poster yang memberikan perincian tentang tarikh konsert kugiran itu di Asia, Australia dan New Zealand.

Tedder dan anggota kugirannya akan membuat persembahan di Singapura pada 28 Februrari 2023, pada 7.00 malam di The Star Performing Arts Centre.

Mereka akan memulakan siri konsert mereka dalam jelajah Asia di Quezon City, Filipina pada 23 Feb, sebelum ke Jakarta pada 25 Feb.

Pada 1 Mac, kugiran itu akan membuat persembahan di Kuala Lumpur, Malaysia dan mereka akan melakukan perjalanan ke Bangkok, Taipei, Tokyo serta Australia dan New Zealand sepanjang bulan itu.

Tiket-tiket pra-jualan bagi konsert di Malaysia mula dijual pada 29 Sep pada 10.00 pagi. Perincian tiket bagi lokasi lain belum didedahkan.

OneRepublic, yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Counting Stars dan I Ain't Worried, kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada April 2018.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan