Ombak Festival 2025 bakal tampilkan Joe Flizzow, SonaOne, Ismail Izzani & Simply Red
Belum ada rancangan sempena cuti sekolah September ini?
Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow. (Gambar: Getty Images/Christian Vierig)
SINGAPURA: Belum ada rancangan sempena cuti sekolah September ini?
Sebuah pesta muzik, kesenian dan makanan akan diadakan di Johor, Malaysia pada bulan depan.
Lebih tepat lagi, Ombak Festival 2025 akan berlangsung dari 12 hingga 14 September di Desaru Coast.
Pesta selama tiga hari itu bakal menampilkan persembahan artis-artis terkemuka dari rantau ini seperti penyanyi rap Joe Flizzow dan kugiran dari Singapura, The Pinholes.
Selain itu, beberapa artis antarabangsa juga akan membuat penampilan seperti kugiran pop dari Britain, Simply Red dan penyanyi-pencipta lagu Joss Stone.
Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan daripada negara-negara ASEAN yang disediakan oleh restoran Sazon Tapas & Grill by Andrew Walsh, Carbon KL dan Flavours of Johor.
Jika anda sudah puas menjamu selera dan menyaksikan persembahan, anda boleh melanggani Pasar Seloka yang menjual beraneka produk kraf tangan.
Tiket Ombak Festival 2025 boleh dibeli menerusi laman ini, pada harga bermula RM200 (S$61) untuk pas satu hari (Jumaat) dan RM650 (S$197) untuk pas tiga hari.
Rakyat Singapura yang mahu ke Desaru Coast boleh menaiki feri di Terminal Feri Tanah Merah atau pandu sendiri ke destinasi itu.
Dalam kenyataannya, pengarah Ombak Festival, Karina Ridzuan berkata: "Bagi edisi kedua ini, kami tampil lebih berani dalam visi kami, dengan skop lebih luas dan semangat padu Asia Tenggara.
"Matlamat tahun ini adalah untuk memaparkan sosok ASEAN yang terbaik dengan menyatukan ikon-ikon global dengan bakat-bakat serantau untuk menampilkan persembahan muzik 'live' dan ekspresi artistik yang tiada tandingannya dalam satu hujung minggu yang cukup hebat."
Maklumat lanjut mengenai Ombak Festival 2025 boleh didapatkan menerusi laman rasminya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.