Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Oktovia Manrose mohon maaf kepada Bella Astillah

Kecoh di media sosial selepas isteri penyanyi Aliff Aziz berkongsi tentang suaminya yang meluangkan masa di kelab malam bersama seorang pelakon baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Oktovia Manrose mohon maaf kepada Bella Astillah

(Gambar: @oktoviamanrose, @bellaastillah/Instagram)

Diterbitkan : 28 Feb 2019 12:08PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 12:16PM

MALAYSIA: Kecoh di media sosial selepas isteri penyanyi Aliff Aziz berkongsi tentang suaminya yang meluangkan masa di kelab malam bersama seorang pelakon baru.

Kini, pelakon baru terbabit, Oktovia Manrose, mengaku dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah berhubung kontroversi bersama suaminya.

"Today was a big day for me. Hari bersejarah saya, tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen, saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.

To @bellaastillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.

“I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah,” tulisnya.

Menerusi InstaStory, Oktovia menyatakan dirinya terkejut dengan semua kata-kata kesat yang dilemparkan para netizen terhadapnya. Meskipun berasa tersinggung, dia mengatakan bahawa "dia layak dilayan seperti itu".

Oktovia juga berharap Bella dan Aliff dapat menghuraikan masalah keluarga mereka secepatnya.

"Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin, InshaAllah," jelasnya.

Sebelum ini, Aliff Aziz pernah terpalit dengan kontroversi dengan Afifah Nasir. Aliff mendirikan rumahtangga bersama Bella pada 9 Sept 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan