Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ogy Ahmad Daud terima pinangan, tidak sabar hitung majlis minggu depan

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon senior hebat, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Kak Ogy mengakui kini sedang menghitung detik menantikan hari penuh bahagia dalam hidupya apabila dikatakan bakal melangsungkan majlis istimewa.

Menerusi hantaran di laman Facebook, pelakon berusia 60 tahun itu memberitahu pihak berkenaan sudah merisiknya sebelum masuk meminang dan menerima pinangan tersebut, seperti dinukil daripada ohmymedia.

“Pada mulanya dirisik. Kemudian dia masuk meminang, pinangan diterima,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ogy yang juga anak kepada biduan Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Saadiah menyatakan rasa tidak sabar menunggu majlis yang akan diadakan pada minggu depan.

Hantaran itu menerima banyak ucapan tahniah, selain tumpang bahagia serta mendoakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan, lapor ohmymedia.

Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 sehingga mendapat liputan meluas daripada media pada ketika itu.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pasangan ini memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan