OGS, Simonboy antara calon anugerah pencipta kandungan The Pinwheels Mediacorp 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mediacorp mengumumkan 40 calon bagi edisi anugerah pencipta kandungannya tahun ini, The Pinwheels Mediacorp.
Edisi keempat The Pinwheels ini akan menyaksikan empat finalis bersaing dalam setiap daripada 10 kategori anugerah, termasuk pendatang baharu terbaik, kandungan terbaik tahun ini, dan pencipta kandungan terbaik tahun ini.
Calon-calon tahun ini terdiri daripada gabungan wajah baharu dan nama yang sudah dikenali ramai, termasuk syarikat media OGS - yang memenangi tiga anugerah The Pinwheels tahun lalu - serta pencipta kandungan Michael Collins, yang turut dikenali sebagai 'bigchunkks'.
Senarai penuh calon adalah seperti berikut:
Bukan Fiksyen Terbaik - weKaypoh, Portraits by AsiaOne, OGS, CineGangSG
Drama Terbaik - Tsqfilms, Wah!Banana, Mediacorp re.dian, Amyy.ang
Kolaborasi Terbaik - Afterhours, BenRanAway, OGS, Overkill Singapore
Gaya Hidup Terbaik - Kindness SG, SeeMin Ng, Overkill Singapore, 4one.sg
Paling Artistik - Kindness SG, thenameiskholish, SeeMin Ng, OGS
Paling Inovatif - Viddsee, simonboyyyyyyy, Dargoyaki, bigchunkks
Sumbangan Sosial Terbaik (Most Social Good) - Kindness SG, amyy.ang, Dear Straight People, simonboyyyyyyy
Pendatang Baharu Terbaik - bigchunkks, Nedla, richardlau.co, CineGangSG
Kandungan Terbaik Tahun Ini - Daskiino, SeeMin Ng, Just Keep Thinking, Overkill Singapore
Pencipta Kandungan Terbaik Tahun Ini - SeeMin Ng, OGS, Overkill Singapore, Kindness SG
Pemenang kategori Pendatang Baharu Terbaik akan menerima kontrak eksklusif selama setahun bersama rangkaian pencipta kandungan Mediacorp, Bloomr.SG.
Pemenang bagi Kandungan Terbaik Tahun Ini dan Pencipta Kandungan Terbaik Tahun Ini pula masing-masing akan menerima geran produksi bernilai S$5,000 dan S$10,000.
Para pemenang akan diumumkan dalam majlis yang akan diadakan pada 21 November.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.