Nurul Aini undur diri dari kategori Personaliti Wanita Paling Popular Pesta Perdana 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelakon dan pengacara tempatan Nurul Aini mengundurkan diri daripada pencalonan kategori Personaliti Wanita Paling Popular bagi Pesta Perdana 2023 selepas "20 tahun berada dalam industri".
Beliau mengumumkan demikian menerusi video di laman Instagram Mediacorp Untukmu pada Rabu (24 Mei).
"Saya baru dapat tahu yang saya telah dicalonkan untuk Personaliti Wanita Paling Popular dan saya rasa saya dah 20 tahun dalam industri ini.
"Tiba masanya untuk saya untuk berundur diri dari kategori Personaliti Wanita Paling Popular dan saya ghairah dan berbesar hati untuk melihat siapakah personaliti-personaliti lain yang akan dicalonkan.

"Nantikan di Pesta Perdana 2023, tetapi saya sayangkan anda. Terima kasih kerana masih mengundi saya, terima kasih masih menyayangi saya walaupun saya dah 20 tahun dalam industri.
"Saya sangat sayangkan anda!" ujar Nurul dalam video tersebut.
PERNAH DICACI GARA-GARA MENANG
Sebelum ini, Nurul mendedahkan di rancangan SKOOP! bahawa beliau pernah "dicaci sangat-sangat teruk" di media sosial pada malam beliau memenangi anugerah di Pesta Perdana, sehingga "tak boleh tidur" dan "nangis tak berhenti".
"Kenapa saya menang (tapi) kenapa mcm satu kekecewaan bagi diri saya?" kongsinya sambil menitiskan air mata ketika itu.
"Saya tidak mahu menang lagi.
"Masa itu saya betul-betul terkesan sebab apa yang mereka katakan tentang diri saya sangat-sangat menyakitkan hati," luah beliau dalam rancangan yang dihoskan Fiza O.
Nurul Aini pernah memenangi kategori tersebut sebanyak lima kali pada tahun 2005, 2011,2013, 2015 dan 2021.

Personaliti-personaliti paling popular bagi Pesta Perdana dipilih berdasarkan undian orang ramai.
Secara keseluruhan, terdapat 10 personaliti dalam kategori popular, dengan lima yang dipilih bagi Personaliti Wanita Paling Popular dan lima lain bagi Personaliti Lelaki Paling Popular.
Calon-calon bagi kategori-kategori tersebut belum diumumkan bagi Pesta Perdana 2023 setakat ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.