Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nurul Aini minta maaf kepada pengikut; ejen tempahan hotel yang disyorkan hilang selepas terima bayaran

Penipuan dalam talian begitu berleluasa kebelakangan ini dan personaliti tempatan, Nurul Aini, dengan secara tidak sengaja turut terpalit dalam satu skandal baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Nurul Aini minta maaf kepada pengikut; ejen tempahan hotel yang disyorkan hilang selepas terima bayaran

(Gambar: Nurul Aini/Instagram)

Diterbitkan : 17 Dec 2021 09:33PM Dikemas Kini : 18 Dec 2021 03:23PM

SINGAPURA: Penipuan dalam talian begitu berleluasa kebelakangan ini dan personaliti tempatan, Nurul Aini, dengan secara tidak sengaja turut terpalit dalam satu skandal baru-baru ini.

Menerusi satu catatan Instagram pada 16 Disember, Nurul Aini menjelaskan bahawa seorang individu yang menggunakan nama @farahdiyanah di Instagram kini tidak dapat dihubungi.

Akaun Instagram tersebut, yang mempunyai 13,200 pengikut, kini ditukar kepada privet dengan 0 catatan.

Individu berkenaan mendakwa dapat membuat tempahan di hotel-hotel tempatan pada harga diskaun, dan menjalankan perniagaan yang lumayan sebagai ejen pihak ketiga bagi tempahan hotel.

"Seperti ramai di antara anda, saya juga menghubungi orang ini selepas membaca cadangan daripada orang lain. Saya membuat tempahan menerusinya sekali sahaja dan penginapan hotel saya okey. Dia menyampaikan apa yang dijanjikan dan semuanya berjalan lancar," tulis Cik Nurul, sambil memuatkan petikan skrin mengesahkan dia berurusan dengan individu itu pada lewat Jun tahun ini.

Berdasarkan petikan skrin yang dikongsi, Nurul Aini menempah penginapan tiga hari dua malam di vila satu bilik Capella Hotel Singapore pada harga S$1,580, dari 23 hingga 25 Julai menerusi ejen tersebut.

Selang beberapa bulan sahaja sejak itu, ejen tersebut nampaknya menghilangkan diri setelah menerima pembayaran bagi tempahan hotel serupa.

Nurul Aini menambah dia tidak lagi berhubung dengan ejen tersebut, dan percubaannya untuk menghubungi wanita itu tidak dibalas. Artis berusia 39 tahun itu turut menerangkan bahawa dia hanya mengesyorkan (shout-out) ejen itu melalui Instagram Story setelah wanita itu memintanya, dan dia membayar kos penginapan hotelnya dengan penuh.

"Sebuah produk diiklankan pada harga rendah, atau diiklankan sebagai mempunyai manfaat menakjubkan atau ciri-ciri yang bagus. Pasti semua orang akan tertarik kan? Lagipun, siapa yang tidak mahu jimat sedikit kan?" tulis Cik Nurul lagi sambil menambah: "Apabila saya buat tempahan, urus janjinya betul. Saya tidak pasti apa yang berlaku setelah itu, tetapi apa yang dia lakukan sekarang memang tidak boleh diterima."

"Saya perlu mendidik diri sendiri serta pengikut saya mengenai penipuan online mulai hari ini. Yang pasti, elak dari sebarang urusan yang mana seseorang yang tidak dikenali meminta bayaran pendahuluan menerusi kiriman wang, pemindahan kawat, pemindahan dana antarabangsa atau kad prabayar. Jangan sesekali hantar duit atau beri butiran kad kredit atau akaun online kepada sesiapa yang anda tidak tahu atau percayai," kongsinya lagi.

Petikan gambar catatan Instagram yang dimuat naik Nurulaini. (Gambar: Instagram/Nurulaini)

"Saya minta maaf jika anda menempah penginapan hotel atas cadangan saya. Memang bukan niat saya untuk mengesyorkan seorang penipu online yang didakwa," tulisnya lagi sambil menggalakkan mereka yang terjejas untuk membuat laporan polis.

Warga net secara am meninggalkan komen yang menyokong selebriti itu.

"Anda melakukan perkara yang betul! Saya tidak faham mengapa orang menganggu anda. Anda mempromosikan (ejen itu) sebagai seorang pelanggan. Semua orang patut bertanggungjawab dan membuat keputusan berdasarkan maklumat bagi apa yang mereka ingin beli," tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen yang sebelum ini berjaya menempah penginapan hotel menerusi ejen yang sama berkata: "Bukan salah anda pun! Ibu saya juga menikmati penginapan dengan selamat menerusinya. Jadi apabila ini semua bermula, kami agak terkejut!"

Seorang warga net yang berjaya mendapatkan wangnya kembali dari ejen tersebut setelah ditipu menulis: "Memang, anda tidak terlibat dalam penipuan tetapi anda mempengaruhi mereka yang mungkin kurang pasti sebelum itu, untuk berurusan dengannya. Bagi saya, apa yang saya harapkan ialah ketelusan daripada pempengaruh yang menggunakan khidmatnya dan terima kasih kerana mengongsi versi anda. Saya juga menghargai belas kasihan yang anda tunjukkan kepada mangsa."

Sumber : 8 Days/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan