Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

NSync kembali dengan lagu terbaharu selepas 20 tahun menyepi

Anggaran Waktu Membaca:
AMERIKA SYARIKAT: Kugiran pop NSync kini kembali dengan lagu pertama mereka selepas 20 tahun lamanya.

Lagu terbaharu kugiran itu, Better Place, muncul dalam treler bagi filem akan datang DreamWorks Animation iaitu Trolls Band Together.

Ini juga menyusuli penyatuan semula kugiran itu, yang dianggotai Justin Timberlake, JC Chasez, Lance Bass, Chris Kirkpatrick dan Joey Fatone di Anugerah Muzik Video (VMA) MTV 2023 pada Selasa malam (12 Sep).

Sedutan lagu itu, yang dikeluarkan pada 29 September nanti, boleh didengar dalam treler tersebut, bersama lagu 1997 NSync, I Want You Back.

Filem ketiga Trolls, yang dijadual ditayangkan di pawagam pada 17 November, mengisahkan kisah pasangan Poppy (Anna Kendrick) dan Branch (Timberlake).

Poppy menyedari Branch pernah menganggotai kugiran pop, Brozone, dengan empat adik-beradik lelakinya.

Berita mengenai lagu terbaharu NSync itu dikhabarkan selepas kemunculan semula mereka di VMA pada Selasa, 10 tahun selepas mereka membuat persembahan terakhir di tempat awam, di majlis anugerah tersebut.

Mereka naik ke pentas bagi mengumumkan pemenang bagi anugerah Lagu Pop Terbaik, iaitu Taylor Swift, yang membolot sembilan anugerah di majlis tersebut.
Sumber : AGENCIES/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan