Nourul hamil anak keempat
Penyanyi Nourul Wahab akan menimang cahaya matanya yang keempat tahun depan.
(Gambar: nouruldepp/Instagram)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Nourul Wahab akan menimang cahaya matanya yang keempat tahun depan.
Nourul, atau Noorul Huda Abdul Wahab, 41 tahun, dalam catatan Instagramnya semalam (19 Okt), mengumumkan perkara itu. Namun, beliau menafikan hamil anak kembar.
Kandungan penyanyi itu kelihatan lebih besar meskipun beliau dijangka akan melahirkan sekitar "29 minggu lagi".
"Mungkin ia kelihatan lebih besar kerana ia kehamilan saya yang keempat. Jadi jangan katakan ia anak kembar kerana itu tidak benar. Hanya ada satu bayi dalam rahim saya," tulis Nourul.
Menerusi catatan itu, Nourul turut melahirkan penghargaan terhadap suaminya yang melayani beliau dengan sangat baik.
"Beliau tahu isteri adalah pemaisurinya," tambah Nourul.
"Saya bahagia. Kami bahagia."
Nourul dikurniakan dua orang anak dalam perkahwinan keduanya dengan Eric Daniel Depp. Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Ajai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.