Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Noraniza Idris berhasrat undang Siti Nurhaliza sebagai VIP di konsert terakhir

Anggaran Waktu Membaca:
Noraniza Idris berhasrat undang Siti Nurhaliza sebagai VIP di konsert terakhir

(Gambar: @noraniza_idris/Instagram)

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang diberi gelaran Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, meluahkan hasrat untuk menjemput penyanyi tersohor Siti Nurhaliza sebagai tetamu di konsert Malai Solo.

Konsert tersebut akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Oktober ini.

Semasa ditemu ramah wartawan portal berita Gempak, Noraniza mendedahkan bahawa ini merupakan konsert terakhir yang dianjurkan oleh dirinya sendiri.

“Saya ada hasrat kalau masa konsert saya nanti, saya nak jemput dia datang sebagai tetamu VIP. Sebab ini konsert terakhir saya anjurkan untuk diri sendiri.

“Kalau boleh, hasrat itu memang nak dia datang sebagai tetamu VIP,” kata Noraniza kepada Gempak. 

Penyanyi itu ditemui semasa majlis rumah terbuka rewang dan showcase Che Ani (Noraniza Idris) yang berlangsung di Maju Link pada Sabtu (14 Mei). 

Tambah beliau, yang mesra disapa dengan panggilan Kak Ani, konsert yang menelan belanja hampir RM2.5 juta (S$790,808) itu akan berlangsung selama tiga hari. Ia melibatkan festival seni yang turut diadakan di lokasi sama iaitu Istana Budaya.

Dalam pada itu, Noraniza meluahkan rasa sebak apabila melihat Siti menangis sewaktu menunaikan umrah baru-baru ini sehingga membuatkan beliau meninggalkan kata-kata semangat buat Siti.

Jelas Noraniza, bukan sahaja melibatkan insiden Siti menangis di Makkah, bahkan beliau sentiasa mendoakan kejayaan pelantun lagu Purnama Merindu itu sehingga ke hari ini.

“Saya sebenarnya nak komen di ruangan TikTok dia tapi tak boleh sebab dah penuh dengan komen peminat. Tapi saya cari jalan jugak macam mana saya nak komen tu.

“Tengok video Siti menangis itu, sedih sangat, sayu sebab saya pernah melalui situasi yang sama, merasai pengalaman berada di sana. Nak-nak dia sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia, jadi dia tiada ruang bersendirian. 

“Dekat sana dia jadi diri dia. Jadi saya faham dan sebak. Itu yang saya nak sampaikan sesuatu pada dia, saya mendoakan dia sampai sekarang. Dia dapat capai apa yang dia inginkan, Alhamdulillah dia sudah berjaya,” kata Noraniza, seperti dipetik Gempak. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan