Noah hasilkan piring hitam bersalut emas demi kumpul derma bantu penggiat muzik
Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Jika vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela dan Cakra Khan melelongkan barangan peribadi akibat pandemik COVID-19, namun berbeza dengan nasib kugiran Noah.
Noah atau dahulunya dikenali sebagai Peterpan dianggotai vokalis kontroversi, Ariel, David (keyboard) dan Lukman (gitar) langsung tidak terjejas dengan penularan pandemik COVID-19.
Malah, Noah mampu menghulurkan bantuan kepada karyawan seni yang terjejas teruk apabila sektor muzik terhenti, lapor BH Online.
Noah sempat menghasilkan piring hitam bersalut emas dan berjaya dilelong kepada pengacara popular, Raffi Ahmad dengan nilai RM75,000 (S$22,930).
David berkata, beliau bersyukur Noah terselamat sepanjang penularan COVID-19 kerana kerjaya muzik beralih kepada persembahan secara maya.
Awalnya, katanya, Noah tidak tahan duduk di rumah kerana sudah terbiasa sibuk sepanjang tahun dengan undangan untuk membuat persembahan di seluruh Indonesia sehingga tidak mempunyai waktu untuk berehat dan bercuti.
"Bila dipaksa duduk di rumah, ia tentulah sukar buat kami. Ini kerana Noah sudah biasa sibuk sepanjang tahun."
"Jujurnya, kami tidak menghadapi kesulitan dari sudut kewangan, namun, apa yang dialami bagaimana mahu kekal kreatif ketika pandemik.
"Jadi, Noah banyak mengadakan persembahan secara virtual (maya) dari rumah. Tidak dinafikan, terlalu banyak hal yang berlaku sepanjang pandemik.
"Namun, kami dijauhi melalui saat sulit seperti sesetengah pemuzik," katanya ketika ditemui sempena sidang media Konsert Noah Live In KL, baru-baru ini.
Bagaimanapun, David berkata, mereka tidak berdiam diri apabila melihat rakan-rakan seperjuangan terutama pemuzik dan kru balik tabir menghadapi kesulitan akibat hilang sumber pendapatan, lapor BH Online.
"Kami menghasilkan edisi istimewa piring hitam bersalut emas untuk dibida, wang berkenaan diagihkan kepada rakan pemuzik yang berdepan kesempitan wang.
"Usaha ini dirasakan kecil, namun mampu mengumpul kira-kira RM200,000 (S$61,151) menerusi sokongan rakan artis dan peminat.
"Piring hitam bersalut itu dihasilkan sempena ulang tahun kelapan kumpulan Noah pada 2020. Ia juga sebahagian usaha kami membantu meringankan beban rakan-rakan yang terjejas akibat COVID-19.
"Kami tidak menyangka ramai sahabat termasuk Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina memberikan sokongan. Mereka juga menjadi pembida tertinggi dengan menawarkan harga RM75,000(S$22,930).
"Sudah pasti penerbitan piring hitam bersalut emas istimewa memberi makna kepada Noah," katanya kepada BH Online.
Tambahnya lagi, keseluruhan hasil jualan serta bidaan piring hitam bersalut emas itu juga disalurkan kepada persatuan artis, syarikat pengurusan dan kru teknikal.
Pada konsert di Zepp Kuala Lumpur, Noah yang sudah lima tahun tidak berkunjung ke Malaysia berjaya menawan hati ramai peminat menerusi rangkaian lagu popular dan penguasaan pentas dengan baik meskipun Ariel mengalami gangguan kesihatan.
Sepanjang konsert selama hampir dua jam, Noah mengubati kerinduan 2,500 penonton dengan 16 lagu popular. Antaranya, Di Atas Normal, Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti dan banyak lagi.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.