Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

No Way Home' penuh emosi, buka perjalanan baru bagi Spider-Man

Filem ini juga adalah filem Spider-Man yang pertama untuk menampilkan 5 watak jahat di dalam filem yang sama sehingga trailer filem ini mencecah 57 juta tontonan di YouTube.

Anggaran Waktu Membaca:
No Way Home' penuh emosi, buka perjalanan baru bagi Spider-Man

Gambar dikeluarkan oleh Sony Pictures memetik babak filem "Spider-Man: No Way Home." (Columbia-Sony Pictures via AP)

WASHINGTON: Satu dunia menantikan filem adiwira Marvel, ‘Spider-Man: No Way Home’ sejak filem Fasa 4 itu diumumkan oleh Marvel Studio bagi Marvel Cinematic Universe (MCU).

Akhirnya, Spider-Man 'menghayun' masuk ke pawagam minggu ini.

Selain itu, khabar angin yang bertiup kencang turut membayangkan tiga Spider-Man akan bergabung dalam filem ini bagi meningkatkan keterujaan peminat untuk menyaksikan filem tersebut.

Filem ini juga adalah filem Spider-Man yang pertama menampilkan lima watak jahat di dalam skrin yang sama sehingga trailer filem ini mencecah 57 juta tontonan di YouTube.

‘Spider-Man: No Way Home’ adalah filem ketiga dan ia juga adalah sambungan dari dua siri filem Spider-Man lakonan Tom Holland.

Setelah Mysterio mendedahkan identiti sebenar Spider-Man di dalam filem ‘Spider-Man: Far From Home’, Spider-Man berhadapan dengan ancaman dan kecaman orang awam kerana ada yang percaya bahawa beliau yang membunuh Mysterio.

Tambahan pula, insan yang mengenali beliau sebagai Peter Parker dan Spider-Man berada di dalam keadaan bahaya.

Ppujian harus diberikan kepada sutradara filem ini, Jon Watts, kerana beliau tidak berlengah untuk terus menarik perhatian penonton kerana jalan cerita filem serta adegan aksi terus ditonjolkan pada awal filem.

Kehadiran Dr Strange juga membantu dalam perjalanan filem ini setelah ketiadaan Iron Man, Dr Strange umpama mentor ataupun insan yang Peter Parker akan meminta bantuan jika menghadapi masalah.

Menariknya, terdapat aksi seperti di dalam trailer di mana Dr Strange dan Spider-Man seolah berlawan.

Lakonan Tom Holland sebagai Peter Parker dan Spider-Man semakin baik dan matang untuk filem ketiga ini kerana beliau dapat memaparkan sisi seorang remaja dan adiwira yang bergelut dengan emosi, kehidupan peribadi serta keinginan untuk menyelamatkan semua orang.

William Defoe sememangnya ditakdirkan untuk menjadi Green Goblin kerana beliau memainkan watak ‘mastermind’ ini dengan penuh kegelapan dan misteri.

Dibantu Doc Ock lakonan Alfred Molina, Electro, Sandman dan The Lizard, pasti ramai yang teruja untuk melihat kemunculan semua penjahat dari filem-filem Spider-Man yang lalu.

Filem ini sesuai untuk tontonan semua.

Segala persoalan bagi ‘multi-verse’ akan terjawab dan anda pasti tidak sabar untuk menantikan kesinambungan Fasa 4 MCU.

Bagaimanapun, Marvel Studio perlu menambah baik masa skrin bagi adegan aksi serta sinematografinya.

Sumber : Agensi berita/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan