Ning Baizura, Yazid Lovehunters antara 14 peserta Gegar Vaganza 11
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Identiti peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) akhirnya didedahkan.
Penyanyi Ning Baizura, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Liza Aziz antara bintang diumumkan menyertai rancangan televisyen popular itu, lapor Kosmo! Online.
Empat penyanyi luar negara dari Indonesia dan Singapura yang ditampilkan terdiri daripada kumpulan The Lima, vokalis Dadali Dyrga, Inka Christie serta Yazid Lovehunters.
Peserta lain yang turut terlibat ialah Illa Sabry, Sheila Abdull, Fairuz Selamat, Arrora Salwa, Zehra Zambri dan Nai Dinamik.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, GV11 kembali kepada format asal iaitu penyanyi yang sudah lama tidak membuat kemunculan semula dalam industri.
“Sebelum ini kita telah menggabungkan penyanyi yang masih aktif dalam industri, tetapi reaksi peminat pula berbeza.
“Mereka inginkan agar Gegar Vaganza kembali dengan format asal iaitu menampilkan penyanyi yang mempunyai lagu one hit wonder.
"Jadi disebabkan itu kita kembali kepada format asal,” katanya kepada Kosmo! Online.
Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara, manakala Ramli MS, Syafinaz Selamat serta Hetty Koes Endang bertindak sebagai juri.
GV11 akan bersiaran selama 12 minggu dan dijadualkan berlangsung pada 24 November depan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.