Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nikki ungguli konsert minggu ke-3 GV8; Nico G peserta pertama tersingkir

Kumpulan Nico G menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu ketiga rancangan Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam (5 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Nikki ungguli konsert minggu ke-3 GV8; Nico G peserta pertama tersingkir

Nikki dan Nico G beraksi di konsert minggu ketiga Gegas Vaganza 8. (Gambar: Gegar Vaganza Official/Instagram)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 10:45AM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 10:46AM

KUALA LUMPUR: Kumpulan Nico G menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu ketiga rancangan Gegar Vaganza 8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam (5 Dis).

Muzaffar Shah Baharin (Affa) yang mewakili Nico G berkata mereka akur dengan keputusan tersebut namun beranggapan sudah melakukan yang terbaik, lapor Malaysiakini.

“Nico kumpulan hip hop yang pernah popular pada 1992 sampai sekarang.

"Walaupun terpaksa berundur, kami anggap GV8 adalah satu pentas yang amat menggegarkan untuk kami,” Malaysiakini menukil kata-katanya menuturkan ucapan perpisahan.

Selain Affa, Nico G yang dulu dikenali sebagai Nico - turut dianggotai Nico dan Dino, terkenal dengan lagu Inilah Nasibku yang diterbitkan pada 1993.

Malam dengan tema Segalanya Ku Terima - lagu di luar zon selesa itu - menyaksikan Nico G yang membawakan lagu Manis, nyanyian asal Zainal Abidin, memperolehi markah hanya 50.10 peratus.

Tempat pertama diungguli oleh Nikki Palikat dengan markah 84.80 peratus. Penyanyi itu malah mendapat pujian Ramli MS atas persembahannya yang mantap melalui lagu Semalam oleh Aina Abdul.

Fazley yang menyampaikan lagu Yang Sedang Sedang Saja, nyanyian asal penyanyi dangdut Iwan, pula berada di tempat kedua tercorot dengan markah 54 peratus.

Bintang Paling Power Miaw pula diumumkan menjadi milik Nikki Palikat yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 (S$320).

Kesemua peserta diadili melalui format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap manakala AC Mizal pula diundang sebagai juri jemputan.

Konsert minggu keempat dengan tema Berdiri Bulu Romaku seterusnya bakal menyaksikan aksi 12 peserta yang bertanding iaitu Aliff Aziz, Adibah Noor, Nikki Palikat, Suki Low, Upiak Isil, SA.YA (Saiful Apek dan Yassin Yahya), Aweera, Shidee, Bandi Amuk, Azan Scan, Ani Mayuni dan Fazley Yaacob.

Rancangan yang dihoskan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung melalui Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 November lalu. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa