Nickelodeon sambut ulang tahun ke-25 rancangan Blue's Clues dengan filem baru
Nickelodeon mengumumkan ia akan menghasilkan filem baru yang menampilkan bintang-bintang Blues Clues & You! sempena menyambut ulang tahun ke-25 rancangan asal yang merupakan salah satu rancangan utama rangkaian itu selama beberapa tahun.

(Gambar: Nickelodeon via AP)
AMERIKA SYARIKAT: Nickelodeon mengumumkan ia akan menghasilkan filem baru yang menampilkan bintang-bintang Blue's Clues & You! sempena menyambut ulang tahun ke-25 rancangan asal yang merupakan salah satu rancangan utama rangkaian itu selama beberapa tahun.
Filem tersebut, yang akan dimulakan penerbitannya pada musim panas ini, menyorot pengalaman Josh dan Blue mengembara ke New York City untuk menjalani uji bakat bagi sebuah pementasan muzikal Broadway. Bagaimanapun, masih belum jelas bila filem tersebut akan siap, kata seorang jurucakap pada Isnin (12 Jul).
Nickelodeon sudahpun merancang beberapa aktiviti lain untuk meraikan tarikh 8 September 1996, iaitu tarikh tayangan perdana Blue's Clues yang asal. Siri asal animasi bagi kanak-kanak prasekolah itu ditayangkan selama enam musim.
Sambutan itu merangkumi video muzik yang menampilkan bintang sekarang Josh Dela Cruz dan bintang sebelum ini Blue's Clues, iaitu Steve Burns dan Donovan Patton.
Beberapa episod asal Blue's Clues boleh ditonton di wadah khidmat penstriman Paramount+ dan, seperti yang diumumkan pada Isnin, lebih banyak lagi akan ditayangkan sempena ulang tahun rancangan itu. Rancangan tersebut ditayangkan semula sebagai Blue's Clues & You dan kini berada di musim kedua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.