Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

NGO buat aduan Aliff Syukri rotan anak, muat naik di Instagram

Siapa tidak kenal pada Aliff Syukri, peniaga barangan kosmetik di Malaysia yang catatan di laman media sosialnya kadang-kadang mengundang kontroversi?

Anggaran Waktu Membaca:
NGO buat aduan Aliff Syukri rotan anak, muat naik di Instagram

(Gambar: Instagram/Aliff Syukri)

Diterbitkan : 01 May 2019 05:43PM Dikemas Kini : 01 May 2019 05:46PM

MALAYSIA: Siapa tidak kenal pada Aliff Syukri, peniaga barangan kosmetik di Malaysia yang catatan di laman media sosialnya kadang-kadang mengundang kontroversi?

Kali ini, satu video yang beliau muat naikkan Khamis lalu (25 Apr) mencetuskan bukan sekadar kontroversi, malah aduan oleh sebuah badan bukan pemerintah (NGO).

Laman Mstar melaporkan badan Protect and Save the Children (PS the Children) membuat aduan di polis daerah Petaling Jaya, setelah Aliff memuat naik video menunjukkan beliau menyapu ubat ke tubuh anak perempuannya selepas menyebatnya.

Menurut Aliff, beliau melakukan demikian kerana anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9 tahun, suka membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali.

"Anak perempuan saya kena jaga dengan baik" tulis beliau seperti dinukil Mstar.

Meskipun menyuarakan hasrat yang murni, tindakan beliau tidak diterima baik sesetengah netizen serta PS the Children, badan anggota Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM).

DERA, MALUKAN ANAK

"Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," menurut CRCM seperti dinukil Mstar.

Selain didakwa mendera anaknya, CRCM mendakwa Aliff sebagai "memalukan" anaknya kerana memuat naik video itu untuk tontonan khalayak ramai.

"Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya," menurut CRCM lagi.

Setakat Selasa malam, video itu ditonton lebih 880,000 kali dan menerima tanda 'like' lebih 67,000.

'JAGA ANAK AWAK DULU'

Mstar tidak melaporkan sebarang respons oleh Aliff Syukri, namun semalam (30 Apr) Aliff memuat naik catatan baru sebagai respons kepada kecaman yang diterima.

"Jaga anak awak dulu, tak payah sibuk hal anak saya," tulis kapsyen beliau.

Video tersebut memaparkan ahli keluarganya yang memuji Aliff sebagai "penyayang" terhadap kanak-kanak dan "sensitif".

Petikan video tersebut malah merakam perbualan beliau dan anaknya Qadejah, atau nama manjanya Cess tentang kejadian itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan