Nexflix disaman kugiran Demon Hunter berkait filem KPop Demon Hunter
Anggaran Waktu Membaca:
Dari kiri: Anggota Huntr/x Mira, Rumi danZoey dalam filem KPop Demon Hunters. (Gambar: Netflix)
LOS ANGELES: Kumpulan muzik metal Kristian, Demon Hunter, menuntut ganti rugi terhadap Netflix dan penganjur konsert AEG Presents di mahkamah Persekutuan California, dengan mendakwa jelajah konsert terbaharu yang berasaskan filem platform penstriman itu, KPop Demon Hunters, melanggar hak cipta cap dagangan mereka.
Dalam saman yang difailkan pada Selasa (18 Ogos), kumpulan muzik itu menyatakan bahawa pengumuman jelajah konsert berdasarkan filem popular Netflix itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna serta diancam akan "menenggelamkan" jenama mereka.
"Secara mudahnya, Netflix tidak berhak menggunakan jenama KPOP DEMON HUNTERS berbanding jika mereka mahu melancarkan artis rakaman, siri jelajah konsert secara langsung dan barangan cenderamata di bawah jenama KPOP METALLICA, KPOP U2 atau KPOP BLACK SABBATH," menurut kenyataan dalam saman itu.
Netflix dalam satu kenyataan balas pada Rabu menyatakan bahawa dakwaan berkenaan adalah "tidak berasas".
"Kami bersedia untuk mempertahankan perkara ini di mahkamah," menurut Netflix.
Peguam kumpulan Demon Hunter, John Tehranian daripada firma One LLP, enggan memberikan sebarang ulasan.
Demon Hunter ditubuhkan di Seattle pada tahun 2000. Kumpulan itu mengeluarkan album terbaharunya tahun lalu dan dijadualkan memulakan siri jelajah di Amerika Syarikat pada Oktober ini.
Netflix mengeluarkan KPop Demon Hunters, sebuah filem animasi mengenai kumpulan K-pop Korea yang secara rahsia menentang watak-watak jahat, pada Jun 2025. Ia menjadi filem yang paling banyak ditonton dalam sejarah platform penstriman itu, menurut Netflix, dan memenangi Anugerah Akademi (Oscars) bagi kategori filem animasi terbaik dan lagu terbaik.
Netflix mengumumkan kerjasama dengan AEG pada Mei lalu bagi menganjurkan siri jelajah konsert berdasarkan filem tersebut.
Saman Demon Hunter menyatakan usaha terbaharu Netflix itu berisiko besar menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan kedudukan mereka di pasaran. Kumpulan itu mendedahkan mereka sudah menerima permintaan pemulangan wang daripada seorang ibu bapa yang tersilap membeli tiket konsert mereka kerana menyangka ia adalah siri jelajah KPop Demon Hunters. Kumpulan itu juga menerima emel daripada penerbit rancangan Inside Edition yang mahu memohon sesi wawancara bersama salah seorang penulis lagu filem berkenaan.
"Akibat daripada tindakan sengaja pihak defendan," kumpulan itu "kini berdepan krisis kelangsungan jenama, sekali gus memaksa tindakan undang-undang ini diambil," menurut aduan berkenaan.
Demon Hunter memohon perintah mahkamah untuk menghalang penggunaan nama KPop Demon Hunters pada sebarang karya muzik, barangan cenderamata atau bagi mempromosikan konsert secara langsung, selain tuntutan ganti rugi kewangan dalam jumlah yang tidak dinyatakan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.