Netizen puji penyampaian laporan cuaca Siti Nurhaliza
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Youtube/MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Kemunculan Siti Nurhaliza menyampaikan laporan cuaca di YouTube Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang turut disiarkan saluran Berita RTM, pada Rabu petang (21 Dis), dipuji ramai.
Siti yang mengenakan sut rona hitam tampak bersahaja dan yakin ketika menyampaikan laporan kaji cuaca seluruh negara.
Siti turut memuat naik hantaran ke Instagram (IG) bagi mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta MetMalaysia atas undangan menjadi penyampai itu, seperti dinukil BH Online.
"Terima kasih kepada kementerian melalui MetMalaysia kerana mengundang saya menyampaikan ramalan cuaca hari ini sebagai penyampai selebriti.
"Kolaborasi itu diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti laporan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang serta laut bergelora," katanya.
Selain saluran YouTube, laporan kaji cuaca berkenaan turut disiarkan Berita Wilayah di RTM 1 pada pukul 5.00 petang pada Rabu dan Berita RTM pukul 8.00 malam.
Dalam tempoh kurang sejam, video yang disiarkan di saluran YouTUbe itu sudah meraih lebih 1,000 tontonan, lapor BH Online.
Menukil reaksi penonton, seorang pengguna YouTube mendakwa tidak pernah menonton laporan kaji cuaca.
"Saya tak pernah tengok berita cuaca. Tapi sebabkan Siti yang sampaikan, saya tengok," komen pengguna itu.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung kagum dengan cara penyampaian penyanyi tersohor itu.
"Nada Siti macam penyampai berita dulu-dulu…Best,"
komennya.
Sebelum ini, penyanyi itu pernah muncul membaca berita untuk Astro Awani, kira-kira tiga tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.