Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Netflix lancar 'Netflix at the Grove'; tawarkan pengalaman istimewa bagi peminat

Anggaran Waktu Membaca:
LOS ANGELES: Syarikat penstriman terkemuka Netflix melancarkan sebuah premis beli belah untuk peminat siri popularnya.

Premis di The Grove, Los Angeles, Amerika Syarikat itu menawarkan pengalaman istimewa buat para peminat rancangan popular khususnya siri "Stranger Things", "Bridgerton", "Squid Game", "Cocomelon" dan "Ada Twist, Scientist".

Menukil laporan The Hollywood Reporter, kedai pop up "Netflix at The Grove” dibuka kepada orang ramai sejak 13 Oktober dan masuk adalah percuma.

“Netflix at The Grove” menawarkan pengalaman membeli-belah istimewa dengan memaparkan pelbagai produk buku, pakaian, koleksi patung funko dan banyak lagi.

Untuk peminat drama “Squid Game”, kedai Netflix menawarkan peluang untuk pengunjung mengambil gambar dengan patung 'Young-hee' dan juga watak dari "Bridgerton”, Ratu Charlotte.

Ruang runcit milik Netflix yang beroperasi hingga Januari 2023 itu dijangka meletakkan himpunan gambar program istimewa cuti sekolah di Netflix seperti "Pinocchio" karya Guillermo del Toro, "Slumberland", "Enola Holmes", "The School for Good and Evil", "Matilda", dan "Emily di Paris" di tingkat dua.

Pembukaan kedai itu merupakan antara usaha terbaru syarikat Netflix untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah serta menekankan bahawa ia kini mempunyai ekuiti jenama yang cukup besar.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan