Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nelydia Senrose minta maaf, akui kekhilafan diri

Anggaran Waktu Membaca:
Nelydia Senrose minta maaf, akui kekhilafan diri

Gambar: Instagram/nelydiasenrose

KUALA LUMPUR: "Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri," luah pelakon Nelydia Senrose yang dikatakan tidak konsisten dalam pemakaian hijab selepas pulang menunaikan umrah pada hujung tahun lalu.

Nelydia, ketika ditemui Harian Metro, berkata sebagai individu yang masih baru dalam penghijrahan itu, beliau memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.

"Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu tetapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.

"Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah," ungkapnya kepada Harian Metro.

Menurut Nelydia, yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah haji bersama suami baru-baru ini, bagaimanapun berharap orang ramai dapat mendoakan agar dirinya dapat memakai hijab sepenuhnya.

"Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.

"Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari," pintanya.

Sebelum ini, Nelydia dilihat mengenakan tudung selepas pulang daripada menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

Beliau juga memakai hijab apabila pergi bercuti ke negara Timur Tengah selepas itu. Imejnya bertudung yang dikongsi di Instagram mendapat pujian ramai pihak. Tidak kurang yang mendoakan agar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, itu terus istiqamah, lapor Harian Metro.

Namun, apa yang mengejutkan, beliau dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia, beberapa bulan lalu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan