Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Negara Wakanda ditemui dalam senarai dagang Amerika Syarikat

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada Khamis (19 Dis) memadam nama negara rekaan Wakanda daripada satu senarai online negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Negara Wakanda ditemui dalam senarai dagang Amerika Syarikat

Chadwick Boseman menerima anugerah utama bagi filem Black Panther di Anugerah SAG. (Gambar: Frederic J Brown/AFP)

Diterbitkan : 19 Dec 2019 11:20PM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 11:29PM

NEW YORK: Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada Khamis (19 Dis) memadam nama negara rekaan Wakanda daripada satu senarai online negara-negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat.

Jabatan itu bagaimanapun enggan memberi jawapan segera apabila diminta memberi komen.

Seorang jurucakap sebelum itu memberitahu The Washington Post bahawa langkah memasukkan nama negara rekaan yang kononnya terletak di Afrika dalam dunia rekaan filem Marvel itu merupakan satu kesilapan semasa para pegawai membuat ujian ke atas sistem itu.

Francis Tseng, seorang jurutera perisian berpangkalan di New York, yang ketika itu sedang mencari data berhubung tarif pertanian Amerika Syarikat, pertama kali perasan tentang Wakanda dalam senarai itu dan menulis tentangnya di Twitter.

"Saya pada awalnya keliru dan terfikir mungkin saya tersalah ingat nama negara dari filem itu dan kelirukannya dengan nama negara lain," kongsi Encik Tseng dengan Reuters.

Sebelum ia dipadamkan, Encik Tseng sempat memuat turun senarai Excel itu yang menyenaraikan kod-kod tarif bagi pelbagai barangan yang 'didagangkan' antara Amerika Syarikat dan 'negara' Wakanda.

Setelah senarai itu diperbetulkan, Encik Tseng berseloroh di Twitter: "Nampaknya, USDA sudah menurunkan Wakanda daripada senarai. Agaknya kita sedang dalam perang dagang dengan mereka juga."

Kerajaan Wakanda adalah kampung halaman watak adiwira Marvel, Black Panther, yang dipaparkan dalam buku-buku komik dan filem pecah panggung 2018 berlatarkan benua Afrika.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan