Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa tumpang gembira, kongsi detik majlis nikah Aisyah Aziz dan suami

Pengacara Neelofa sebak dengan penyatuan antara penyanyi Aisyah Aziz dengan Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail yang diadakan di Singapura pada Jumaat (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa tumpang gembira, kongsi detik majlis nikah Aisyah Aziz dan suami

Neelofa (kiri) menghadiri majlis akad nikah Aisyah Aziz di Singapura. (Gambar: MSTAR)

Diterbitkan : 13 Apr 2025 12:36PM Dikemas Kini : 13 Apr 2025 12:37PM
SINGAPURA: Pengacara Neelofa sebak dengan penyatuan antara penyanyi Aisyah Aziz dengan Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail yang diadakan di Singapura pada Jumaat (11 Apr).

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36 tahun, berkata dia turut berasa gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada hari istimewa Aisyah dan abang iparnya itu, lapor MSTAR.

“Berlepas ke Singapura untuk meraikan rasa cinta bersama keluarga.

“Saya begitu gembira kerana menjadi sebahagian daripada hari istimewa Aisyah dan abang ipar saya, Alhamdulillah,” katanya.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi satu catatan yang dimuat naik ke Instagram miliknya pada Sabtu (12 Apr).

Dalam catatan tersebut, Neelofa turut berkongsi video blog atau ‘vlog’ yang memaparkan perjalanannya ke Singapura bersama suaminya, Mohd Haris Ismail.

Menurut laporan MSTAR, pengacara berkenaan juga mengabadikan detik pernikahan Aisyah dan Dr Amir yang diadakan di sebuah masjid di Singapura.

Menerusi perkongsian itu, Neelofa dilihat mengalirkan air mata menahan sebak kerana dapat menyaksikan hari istimewa pasangan mempelai.

Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada Dr Amir yang merupakan abang kepada suami Neelofa.

Berita gembira itu turut dikongsi Mediacorp Warna 942 menerusi satu catatan yang dimuat naik ke Facebook.

Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira di mana dia memaklumkan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati dalam masa terdekat, lapor MSTAR.

Penyanyi berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukan seorang penggiat seni.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan