Neelofa tampil berkerusi roda cetus tanda tanya warganet
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TikTok/@seorangnur
KUALA LUMPUR: Tidak dapat dinafikan, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor sentiasa menjadi bualan dan perhatian ramai kerana sering memberi inspirasi dalam perniagaan dan sebagai seorang muslimah.
Namun begitu, baru-baru ini, tular pula sebuah video yang memaparkan Neelofa memakai kerusi roda yang dipercayai berada di Brunei mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen, seperti dinukil daripada ohmymedia.
Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @seorangnur di laman TikToknya, kelihatan suami Neelofa, Haris Ismail sedang menolak kerusi roda yang dinaikinya.
“Alhamdulilah Nunha dah sampai Brunei,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan mereka apabila melihat keadaan Neelofa yang tidak pernah menggunakan bantuan tersebut untuk berjalan berbanding dengan sebelum ini.
Malah, netizen turut menimbulkan spekulasi di mana berkemungkinan selebriti yang berusia 33 tahun itu sedang hamil anak kedua dan disebabkan itulah beliau memilih menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan pergerakan untuk menjaga kandungannya, lapor ohmymedia.
Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan dakwaan netizen itu masih menjadi tanda tanya kerana tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa dan Haris mengenai perkara tersebut.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Bilal.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.