Neelofa selamat bersalin putera sulung, pilih nama Muhammad Bilal

(Gambar: @neelofa/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 3.44 petang Sabtu (29 Jan).
Suaminya, Haris Ismail, ataupun PU Riz, memaklumkan bahawa Neelofa, atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Haris tutur memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk anak sulung mereka itu.
"Alhamdulillahirabbil'alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya. Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
"Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Kini, isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga, " ujarnya kepada mStar.
Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadapnya dan isteri sejak mereka berkahwin.
"Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.
"Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
"Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara," katanya lagi kepada mStar.
Neelofa, 33 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail, 27 tahun, pada Mac 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.