Neelofa sambut kelahiran cahaya mata kedua

(Gambar: Instagram Neelofa)
KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan putera keduanya, Selasa lalu (11 Jul) lapor Astro AWANI.
Berita gembira itu diumumkan sendiri Neelofa dan suaminya Haris ismail atau PU Riz menerusi perkongsian dalam Instagram Story (IGs), pada Khamis (13 Jul).
Menurut catatan yang dipetik Astro AWANI, pasangan itu menulis: "Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023, jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat."

Dalam perkongsian itu, Neelofa dan Haris turut mendoakan agar putera mereka itu membesar dengan baik dan cerdas, serta diberikan kesihatan dan umur yang panjang.
"Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa," kata pasangan itu.
"Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya... Insya-Allah," tambahnya lagi.
Dalam satu lagi hantaran IGs berasingan, Astro AWANI melaporkan selebriti popular itu turut memaklumkan akan mengumumkan nama anaknya itu pada hari ketujuh, dijangka Isnin depan.
Neelofa, 34, yang mendirikan rumah tangga dengan Haris, 28, pada 27 Mac 2021 itu sebelum ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.