Skip to main content

Hiburan

Neelofa orang ketiga dunia menginap di hotel mewah RM200,000 semalam

Pengacara dan pelakon Malaysia, Neelofa sekali lagi menarik perhatian para netizen namun kali ini, bukan berhubung fesyen yang digayakannya tetapi penginapan mewah artis itu yang kini berada di kepulauan Maldives.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa orang ketiga dunia menginap di hotel mewah RM200,000 semalam

The Muraka, Conrad Maldives Rangali Island merupakan vila mewah dasar laut pertama di dunia. (Gambar: @neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 08:41AM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 08:49AM

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Malaysia, Neelofa sekali lagi menarik perhatian para netizen namun kali ini, bukan berhubung fesyen yang digayakannya tetapi penginapan mewah artis itu yang kini berada di kepulauan Maldives.

Menurut laporan K! Online, Neelofa adalah individu ketiga di dunia yang menginap di vila mega mewah The Muraka, Conrad Maldives Rangali Island.

Ia merupakan sebuah vila mewah bawah laut pertama di dunia, yang siap dibina pada tahun 2016 dan akan mula beroperasi pada November ini.

Kedalaman bilik mewah itu sedalam 16.4 kaki (lima meter) dari paras laut.

Harga penginapan bilik di vila mewah bawah laut itu pula berharga RM200,000 (S$66,380) semalam.

Neelofa, 29 tahun, berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau bercuti di sana sehingga menerima perhatian luar biasa daripada para peminat yang teruja dengan harga vila itu.

K! Online menukil beliau sebagai berkata: "Saya selalu bersyukur kerana berpeluang meneroka percutian yang menarik. Bidang kerja memberi peluang kepada saya pergi ke tempat idaman yang selama ini hanya ada dalam imaginasi."

"Seperti pengalaman sekali seumur hidup di The Muraka!, bilik-bilik di sini disediakan dengan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari, selain disediakan bot untuk menjelajah ke sekeliling pulau.

"Meskipun bayarannya sangat mahal iaitu AS$50 ribu (S$69,040) satu malam, tetapi saya berasa sangat bertuah kerana menjadi orang ketiga di dunia yang merasai pengalaman ini," kata Neelofa seperti yang dipetik oleh K! Online.

The Muraka yang terletak di Kepulauan Rangali dibina dengan kos AS$15 juta (S$20.7 juta).

The Muraka membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi.

Tetamu vila itu berpeluang untuk merasakan pengalaman menginap di dasar laut dan dikelilingi oleh hidupan akuatik.

Selain bilik tidur, ruang dasar laut The Muraka turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita