Skip to main content

Hiburan

Neelofa intai peluang berlakon di Indonesia

Pelakon dan pengacara jelita seberang tambak, Neelofa Mohd Nor Noor atau lebih senang dipanggil Lofa mendedahkan bahawa beliau akan kembali berlakon tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa intai peluang berlakon di Indonesia

Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 09:26PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 09:28PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara jelita seberang tambak, Neelofa Mohd Nor Noor atau lebih senang dipanggil Lofa mendedahkan bahawa beliau akan kembali berlakon tidak lama lagi.

Beliau ditemui semasa pelancaran program Naura Shares edisi Haji yang berlangsung di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara, Kuala Lumpur, menurut Astro Awani.

Lofa berkongsi bahawa beliau akan cuba mengintai peluang untuk berlakon di negara jiran, Indonesia, lapor Astro Awani.

Selain itu, Lofa juga dikatakan bakal mengeluarkan terjemahan Al-Quran versi digital yang menggunakan suaranya sebagai suara latar.

Menurutnya, beliau akan memulakan rakaman sebelum berangkat menunaikan ibadah haji bersama ibu dan dua orang adik lelakinya pada 4 Ogos ini.

Astro Awani melaporkan bahawa Lofa juga menjangkakan akan menyempurnakan projeknya itu sebelum bulan Ramadan tahun depan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita