Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa ingin elak isu 'ain', tunggu masa sesuai dedah wajah puteranya

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa ingin elak isu 'ain', tunggu masa sesuai dedah wajah puteranya

(Gambar: @hrisbismail/Instagram)

KUALA LUMPUR: Ibu mana tidak sayang anak mereka kan, demikian juga dengan selebriti terkenal Malaysia Noor Neelofa tatkala bercerita mengenai anak lelakinya Mohammad Bilal. 

Bekas hos MeleTop itu memiliki seorang cahaya mata hasil perkahwinan beliau dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, menurut rencana portal Keluarga. 

Begitupun sehingga kini, pasangan tersebut masih belum bersedia untuk mengongsi wajah penuh anak lelaki mereka itu. 

Akui Neelofa, hal tersebut dilakukan bagi mengelakkan penyakit 'ain' atau gangguan yang disebabkan pandangan. 

"Saya belum kongsi wajah anak dan walaupun orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraannya. 

"Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tidak mahu bagi orang tengok, tidak. 

"Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa untuk dia kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya," ujar Neelofa, seperti dipetik Keluarga. 

Tambah Neelofa, "bab 'Ain' ni, pada saya, jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya mereka seolah-olah main-mainkan kewujudan 'ain' lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya."

"Saya tidaklah arif sangat tentang perkara sebegini, tetapi bab ain mungkin boleh melangkaui takdir. Malah di dalam hadis sahih pun sudah ada," ulasnya lagi. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan