Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa hitung hari timang cahaya mata pertama; sudah pilih nama bayi

Usahawan terkenal dari Malaysia, Neelofa berkongsi bahawa beliau kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa hitung hari timang cahaya mata pertama; sudah pilih nama bayi

PU Riz dan isterinya, Neelofa. (Gambar: Instagram/hrisbismail)

KUALA LUMPUR: Usahawan terkenal dari Malaysia, Neelofa berkongsi bahawa beliau kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33 tahun, berkata beliau berasa agak gementar untuk melalui proses kelahiran anak sulungnya.

“InsyaAllah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari.

"Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementar. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar. Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.

“Nama pun ... Alhamdulillah ... sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.

"InsyaAllah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin normal. Namun, bagi yang bersalin normal, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang takut,” katanya yang turut memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya, seperti dinukil Astro Gempak.

“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya.

“Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi seperti dinukil Astro Gempak.

Neelofa dan suami, PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan