Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa harap orang ramai hormati privasi keluarga, elak kongsi gambar wajah anak tanpa kebenaran

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Malaysia, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkongsi gambar wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris di laman sosial tanpa kebenaran.

Katanya kepada Astro AWANI, tindakan seumpama itu dilihat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut.

“Saya sebenarnya enggan mengulas mengenai perkara ini. Saya dah penat nak kongsikan, sebab banyak sangat cerita mengenai Bilal.

“Cuma itulah, saya akan bawa keluar anak saya seperti anak orang lain, tapi apabila ada pihak nampak saya dengan Bilal, saya minta jangan dedahkan di media sosial.

“Saya sebagai ibu memang berasa berkecil hati dengan sikap mana-mana pihak yang mendedahkanya terus di media sosial tanpa kebenaran,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sidang media Next To Neelofa di Bukit Jalil pada Selasa (11 Okt). 

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor berjanji, beliau akan mendedahkan wajah anaknya apabila tiba masa yang sesuai.

“Apa yang saya boleh nasihatkan ialah, selepas ini kalau ada pihak nampak saya dengan Bilal, jangan kongsi di media sosial.

“Hormati privasi dan keputusan saya sekeluarga atas kehendak kami,” ujarnya.

Sebelum ini, Neelofa mendedahkan Bilal sepatutnya dilahirkan pada 10 Februari yang bersamaan dengan tarikh lahirnya.

Namun, beliau dan suami, Muhammad Harris Ismail tidak pernah mendedahkan tarikh sebenar bila anak sulung mereka dilahirkan.

Sementara itu, program bual bicara yang dikendalikannya, Next To Neelofa memasuki musim kedua penerbitannya akan mula disiarkan pada 22 Oktober pada pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria.

Antara selebriti yang bakal tampil dalam program tersebut ialah Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah dan Ziana Zain.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan