Neelofa dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia
AirAsia Bhd melantik pelakon dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya.
Neelofa dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia. (Gambar: Neelofa/Instagram)
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd melantik pelakon dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya.
AirAsia dalam satu kenyataan semalam (8 Dis) menyatakan pelantikan itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli lembaga pengarahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tony Fernandes, berkata Neelofa merupakan penambahan yang baik kepada lembaga pengarah memandang pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama dan inovator industri.
Beliau berkata Neelofa akan dapat menyuntik pandangan baru kepada perniagaan AirAsia ketika syarikat itu melangkah ke arah penerbangan digital.
“Neelofa bijak, muda dan berdikari sendiri - ciri-ciri yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus kekal di hadapan ketika kami bergerak ke arah menjadi satu daripada syarikat yang mencatatkan prestasi terbaik, paling diyakini dan dihormati di dunia.
“Reputasi beliau sebagai ahli perniagaaan wanita utama di Malaysia, salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai ‘30 Under 30’ majalah itu dan rekod prestasi baik beliau memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah satu inspirasi kepada kami. Saya berharap dapat bekerja bersama-sama dengan Neelofa,” kata Encik Fernandes.
Sementara itu Neelofa berkata pelantikan tersebut bukan sahaja satu pencapaian bagi beliau tetapi juga bagi semua wanita.
“Sejak tujuh tahun lepas, saya telah menceburi industri hiburan dan perniagaan yang menyediakan banyak peluang kepada saya untuk berkembang dan melakukan perubahan. Saya teruja untuk menggalas peranan baru ini, mencabar diri saya sendiri untuk meningkatkan lagi prestasi diri dan pergi lebih jauh lagi.
“Saya juga teruja untuk mewakili Generasi Y dan menyuarakan pandangan kami bagi perniagaan,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.