Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nash Lefthanded, Adeep Nahar bakal berentap di peringkat akhir Hijrahkan Laguku

Anggaran Waktu Membaca:
Nash Lefthanded, Adeep Nahar bakal berentap di peringkat akhir Hijrahkan Laguku

Sumber: Agensi Berita

Diterbitkan : 06 Jan 2022 06:34PM Dikemas Kini : 06 Jan 2022 06:34PM

KUALA LUMPUR: Program realiti, Hijrahkan Laguku bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan penyanyi lama 'otai' dan baru.

Bakal berlangsung pada Sabtu ini, bekas penyanyi dangdut, Iwan Shahman dan Nash Lefthanded mewakili penyanyi otai, manakala Shahir Zawawi dan Adeep Nahar yang menggantikan Mark Adam selepas disahkan positif COVID-19 pula adalah wakil bagi generasi baru.

Pengumuman empat finalis yang berjaya mara ke peringkat akhir diumumkan semasa peringkat separuh akhir Hijrahkan Laguku pada Sabtu lalu (1 Jan).

Ia sekali gus menyaksikan dua peserta, Zaf VE dan PG Adam yang berada dalam kedudukan terendah tersingkir pada peringkat separuh akhir itu.

Menerusi pentas separuh akhir, Shahir diumumkan sebagai pemenang Bintang Qudwah dengan membawa pulang wang tunai RM3,000 (S$970).

"Saya anggap program realiti, Hijrahkan Laguku hadir pada waktu tepat ketika saya berusaha mahu membuat kemunculan semula. Melangkah ke pentas akhir juga rezeki yang tidak pernah diduga.

"Namun, bersaing dengan penyanyi berpengalaman, Iwan, Nash dan Adeep pula satu cabaran buat saya.

"Semoga usaha melakar kembali nama dipermudahkan," katanya kepada BH Online.

Wang kemenangan itu bakal diwakafkan kepada badan kebajikan.

Sementara itu, PG Adam berkata, dia reda dengan keputusan dibuat sejak menyertai program realiti itu.

"Saya reda andainya tersingkir. Saya memang tak jangka mampu bertahan hingga ke peringkat separuh akhir.

"Saya mengharapkan penonton dapat manfaat daripada lagu yang dipersembahkan.

"Pada masa sama, saya harap program realiti ini akan diteruskan pada musim hadapan," ujarnya.

Peringkat akhir Hijrahkan Laguku akan dipecahkan kepada dua fasa. Ia mengangkat tema cerita berpaksikan Pesanku, manakala tema lagu pula, Dari Hati Ke Hati.

Menerusi fasa pertama, empat finalis akan menyanyikan lagu solo, manakala fasa kedua akan berduet dengan finalis lain.

Bakal berlangsung Sabtu, jam 9.00 malam program realiti itu menampilkan Fauzi Marzuki dan Ustaz Zul Ramli selaku juri tetap, manakala Isman Hijjaz selaku juri jemputan menggunakan format penjurian 100 peratus juri profesional.

Program Hijrahkan Laguku dihoskan Faizal Ismail dan Bell Ngasri.

Sumber : Sumber Web/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa