Najip Ali "bengang" jadi detektif selebriti dalam 'I Can See Your Voice' edisi SG
Mediacorp bakal menerbitkan edisi Singapura rancangan hiburan popular dari Korea Selatan, 'I Can See Your Voice'.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mediacorp bakal menerbitkan edisi Singapura rancangan hiburan popular dari Korea Selatan, 'I Can See Your Voice'.
Rancangan itu sebelum ini sudah diadaptasi dan ditayangkan di lebih 30 negara.
'I Can See Your Voice' edisi Singapura itu akan mula ditayangkan pada 13 Januari 2025 di Saluran 5 Mediacorp.
Mengikut format rancangan itu, beberapa penyanyi misteri akan ditampilkan dalam setiap episod.
Detektif selebriti kemudian akan menentukan sama ada mereka benar-benar boleh menyanyi atau tidak.
Edisi Singapura rancangan itu akan menampilkan Najip Ali, Gurmit Singh, Benjamin Kheng dan Xixi Lim sebagai detektif selebriti.

"Detektif ini seperti juga seperti pengadil, sebagai juri. Saya selalu menjadi juri di rancangan-rancangan nyanyian dan juga komedi. Yang membezakannya adalah, kadang-kadang saya tidak ada kriteria-kriteria tertentu. Saya jadi detektif ini tanpa ada kriteria. Karakternya kosong. Jadi detektif itu, kita mencari silap, mencari fakta. Kadang-kadang itu membingungkan sampai tidak tahu apa nak dikata! Saya tidak pernah sampai tahap 'tak tahu nak kata apa', tetapi dalam 'show' itu, saya 'speechless'!" kongsi Encik Najip sewaktu sidang media 'I Can See Yiour Voice' baru-baru ini.
"Keunikan rancangan ini adalah apabila kita melihat orang yang berpengalaman seperti saya ini, dah '150 tahun' dalam dunia hiburan, kita kadang-kadang ingat penyanyi yang bagus ini boleh mimik lagu nyanyian dengan sempurna tetapi rupanya tidak semua penyanyi hebat boleh melakukannya sementara penyanyi pura-pura ini, mereka yang tidak boleh menyanyi tetapi berupaya mimik seolah sedang benar-benar menyanyi dengan mengesankan, melalui usaha 100%!" tambahnya.
Secara keseluruhan, 'I Can See Your Voice' edisi Singapura akan menampilkan sebanyak 60 penyanyi misteri.
MENEKA PENYANYI TULEN ATAU PENYANYI PURA-PURA
Bagi menghebohkan lagi suasana apabila detektif cuba meneka sama ada penyanyi misteri itu adalah penyanyi sebenar atau sebaliknya, rancangan itu akan dikemudikan oleh dua hos iaitu Joakim Gomez dan Munah Bagharib.

"Sebagai hos, kita tolong tambah kekecohan sedikit tetapi kita juga pastikan mereka tidak menyimpang jauh daripada format asas rancangan, menyusuri pusingan-pusingan dan matlamat-matlamat berbeza. Jadi kami membantu peserta selebriti untuk membuat keputusan akhir untuk menentukan siapa yang menang dalam setiap episod tetapi kita pun terbawa-bawalah, jadi kecoh juga.
"Apabila kita nampak penyanyi yang hebat, kita akan macam, wau! Tetapi apabila kita nampak penyanyi yang pura-pura hebat pun, kita berikan penghormatan besar, kerana kita rasa walaupun mereka tak pandai menyanyi, mereka benar-benar meraikan bakat mereka dan mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh! Saya 'enjoy' menyaksikan penyanyi pura-pura itu juga kerana mereka mendakapi diri mereka sendiri dan itu yang menarik tentang program itu kerana ia membuat kita percaya bahawa apa sahaja yang kita lakukan, pasti ada yang wajar kita raikan," ujar Munah.
Untuk elak daripada disingkirkan oleh peserta selebriti, penyanyi misteri itu perlu membuktikan kemampuan nyanyian mereka atau menyembunyikan kekurangan bakat vokal mereka dengan bijak.
Ini sementara sebuah panel detektif selebriti dengan detektif-detektif selebriti undangan yang berbeza setiap minggu, akan memberikan komen yang boleh membantu atau sebaliknya mengelirukan peserta selebriti itu dalam membuat keputusan mereka.
Apabila diminta wartawan untuk menggambarkan perasaannya menyertai program inovatif ini, Encik Najip menjawab dengan spontan, "Membengangkan kerana apa, saya ini orangnya 'perfectionist' agaknya. Jadi apabila saya meneka ataupun kita lihat mereka ini nak menghelahkan saya tentang apa yang mereka lakukan, jadi bila saya dapat salah – dalam otak saya, dia ini mesti bagus punya penyanyi, tapi sebaliknya dia sebenarnya merupakan penyanyi pura-pura – jadi 'bingit'! Kerana saya nak betul, selalu nak betul. Kerana kadang-kadang mereka pun tanya saya, Najip, betul ke tidak, betul ke tidak? Jadi saya rasa macam tertekan untuk memberi jawapan terbaik."

Setiap minggu peserta terakhir yang tidak disingkirkan akan memenangi hadiah S$10,000.
10 penyanyi misteri itu juga ada peluang untuk memenangi sebuah kereta Nissan Leaf pada penghujung siri tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.